Dah sampai di Kg Padang Sebang Melaka...aku dah tembam sikit....hahahha
Muaz tak nak makan....kenyang denga McD lagi katanya....
Tuan Rumah lelaki yang ber "t-shirt" belang tu....
Tuan Rumah yang bertudung hijau tu....
Kami bertolak dari Kajang pada pukul 10pagi & agak mengejutkan kami bila tiba di rumah kenduri pada pukul 1130 pagi sebab sudah meriah kehadiran semua tetamunya. Sedikit berbeza dengan suasana di Kajang bila selalunya jamuan bermula jam 12 tengahari.
Selepas kenduri kami sekeluarga meneruskan perjalanan menyusuri jalan lama ke bandaraya melaka melalui Rembia & Cheng. Sempat lah juga ronda ronda dan shopping sikit di Mahkota Parade.
Sebelah petang kami singgah pula di Pasaraya Cowboy di Cheng yang agak popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat membeli belah secara borong terutama untuk periuk-periuk, bekas nasi yang besar dan segala macam kelengkapan untuk peruncit....
Kami bertolak balik pukul 6 petang dan tiba di Kajang lebih kurang pukul 730 mlm.
No comments:
Post a Comment