Muaz melangkah keluar dari lobby area...
Aprtment nya agak luas dan selesa....
Pandangan dari balkoni luar bilik....
shopping sikit kat gerai di teluk kemang....
Jangan terkeliru dengan nama "beach" nya. Kerana tempatnya bukan menghadap muka pantai tetapi di seberang jalan pesisiran pantai yang menghala ke Melaka.
Walau bagaimanapun, keistimewaan Tiara Beach Resort terletak pada kolam ala Taman Tema Air nya.
Namun ketiadaan gelungsur hebat seperti yang kedapatan di taman tema air sebenar agak melunturkan pengalaman rekreasi di situ.
Ianya hanya sekadar berada di sebuah kolam renang yang besar. Agak menyeronokan kerana kebetulan cuaca semasa yang panas.
Kolam renang yang disajikan pun paling dalam hanyalah 1.2meter dan kehadiran para "lifeguard" yang bertugas dapat menenangkan ibubapa yang beranak kecil.
Aku sekeluarga lebih mengharapkan kolam yang lebih dalam agar lebih mencabar.
Jadi aku dapat markahkan pengalaman di kolam nya 3/5.
Bilik kami diami merupakan family suite bercorak apartment 2 bilik yg aku anggarkan seluas 20kaki x 20kaki keseluruhan nya. Agak selesa. Tapi penghawa dingin di bilik utama menitis air nya. Aku pun malas nak panggil repair. Malam pun tak pasang aircon. Kipas di bilik tamu utama luar sudah memadai.
Kita orang plih situ sebab ada school holiday offer... Rm438 semalam...
Malam nya kami dinner di medan ikan bakar kg teluk. Lebih kurang 5km ke arah melaka. Hidangan di situ bagus cuma bersedia dengan wang secukupnya kalau kau orang memang nak melantak kau kau sebab makanan laut macam ikan, ketam, sotong dll kira timbang.
Aku n family makan sup ekor, sayur kangkung belacan, lala sweet n sour, ikan bakar sederhana saiz seekor, sotong goreng tepung. Semua kena rm105 lebih kurang. Nasi lemak bungkus nya sedap.
Cuma makan kena man man sebab ambk masa nk masak. Hehehe.
Masakan nya ok. Keseluruhan aku bagi 4/5.
No comments:
Post a Comment