Akhirnya... Setelah menanti 20 tahun Malaysia kembali ke takhta bolasepak seantero asia tenggara dengan mengalahkan Vietnam 1-0.
Setelah berkali-kali harapan seluruh peminat hancur berkecai dalam penampilan pasukan Malaysia, ramai yang tidak menaruh harapan tinggi dalam kejohanan Sukan Sea edisi ke 25 yang berlangsung di vientiane Laos.
Aku sendiri merasa agak sinis dengan keupayaan malaysia ni sebab kali terakhir menang pun semasa sukan sea di KL 1989. Masa tu pun aku baru kahwin lagi dan aku sedang bekerja di kuantan.
Sejak itu prestasi pasukan kita pun memang merudum dengan begitu teruk sehingga amat sukar untuk "memaksa" rakyat jelata untuk menyokong pasukan sendiri.
Apa tak nya ranking skuad malaysia di mata Fifa pun jauh nun di tangga ke 160. Ranking Fifa tersebut menyenaraikan pencapaian terbaik Malaysia adalah 75 di tahun 1993 (Ogos).... dan ditinjau pada geraf dalam imej bawah, kita akan lihat kemerosotan ranking negara sehingga ke posisi paling teruk yaitu 170 pada April 2008.
Ranking yang menyenaraikan 203 negara dunia meletakkan Spanyol di tempat pertama, Brazil ke 2, ke 3 Belanda, ke 4 Itali dan disusuli Portugal ditempat ke5. Papua New Guinea berada di tempat ke 203.
Pasukan yang dahulunya dianggap kerdil atau setara pun sudah meningkat mutu permainan mereka dan jauh mengatasi Malaysia dalam ranking tersebut:
- Thailand (105)
- Singapore (110)
- Indonesia (120)
- Laos (178)
- Kemboja (175)
- Vietnam (123)
- Myanmar (140)
Tidak syak lagi ramai yang berburuk sangka dengan peluang Malaysia di sukan sea kali ini.
Namun setelah berjaya meloloskan diri dari peringkat kumpulan dengan menundukkan thailand 2-1 dlm perlawanan yang kita mesti menang, para peminat mula memberi perhatian.
Apatah lagi thailand merupakan juara bertahan.
Di peringkat separuh akhir, malaysia menundukkan pula laos yakni pasukan tuan rumah 3-1 bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu vietnam.
Vietnam dianggap favourite kerana malaysia mudah dijinakkan 3-1 dlm peringkat kumpulan yg menyaksikan zakuan adha dilayangkan kad merah.
Jurulatih vietnam yg berbangsa portugal juga dilapurkan memandang rendah peluang malaysia.
Namun ini semua dapat disangkal dengan malaysia akhirnya dapat menewaskan vietnam dengan 1 gol tanpa balas.
Walaupun gol tersebut merupakan gol sendiri hasil biasan pemain vietnam namun aku memang menganggap malaysia lah pasukan yang layak menang.
Malaysia berjaya menyerap serangan bertalu-talu pihak vietnam. Dan di dalam saat kealpaan pihak vietnam, gol tunggal tersebut dapat dijelmakan.
Syabas kepada skuad Malaysia namun bak kata Rajagopal si jurulatih, ini hanya titik permulaan.
Aku rasa ini banyak benarnya kerana ahli skuad tersebut ramai yang muda muda jadi masih ada peluang untuk peningkatan ke tahap yg lebih membanggakan.
Sent via BlackBerry from Maxis
No comments:
Post a Comment