Thursday, July 30, 2009

Balik Kampung

Lama aku tak balik kampung.....

Kira kira nya tahun ni baru kali pertama..... Jadi dengan rendah dirinya aku pun balik la satu famili.... kebetulan Aida pun dapat cuti sminggu dari SM Teknik Kajang sebab H1N1.

Mak cukup seronok la aku balik....Sempat dia tunjuk mini garden dia kat beranda atas..... nampak gambar nye kat atas tu.....masa ambik gmba tu lepas subuh ahad nye....

Malam minggu kami pergi ke pasar malam.... Mana nak cari kuetiaw sebungkus RM1.50..... Mi rebus Rm2.00.... memang bab barang makan memang la murah....

Kebetulan musim buah.... kami beli jugak la buah durian (6biji RM20)....

Hari Ahad petang kami balik Kajang....tapi sempat la pegi makan kat restoran asam pedas di kamunting....

Memang dah lama tak makan kat restoran ni... Kami ambik lauk ikan kari bakar, ayam goreng brempah, Asam pedas ambik kuah je.... Ikan Patin masak lemak dan ulam ulaman... Lupa lak kos sume berapa sebab aku tahu tak mahal sangat.... rasa rasa nye tak lebih dari RM25...

Saturday, July 25, 2009

Gotong Royong

Persatuan penduduk Impian Jaya anjurkan acara gotong royong hari ini.

Ramai juga yang datang. Sekitar 60 orang. Dato Zakaria pengerusi persatuan, tersenyum lebar.

Kawasan rumah tak ada la banyak sampah sangat. Cuma banyak longgokan barang barang kat luar rumah yg macam tak terurus. Mencacatkan keadaan. Nak tolong buangkan takut tuan rumah nak pakai.

Aku kena ingat bayar yuran persatuan. RM60 setahun. Dato dah ingatkan tadi. Hehe. Ok la. Mana nak datang belanja nasi lemak & karipap & kuih kuih yg lain kalu tak ada dana kan.

Dalam suasana wabak selsema babi H1N1 ni elok la juga kawasan taman ni di kemaskan.

Sekolah Teknik Kajang tempat Aida belajar pun dah tutup seminggu.

Dengar cerita SMAP pun tutup. Ada yang komen semalam solat jumaat kat Surau Saujana habis melimpah sebab SMAP tak buat solat jumaat kat sana.



Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, July 19, 2009

Bill Las Vacas

Total amount RM97.80

Lamb chop Rm18 for 2 piece minimum. Share dgn my wife pun dh ok.

Sirloin rm25.60 tu kakyong yg order. Quite a big piece. Charges can vary because dia ikut actual weight of the meat.

The beef kebab is for 3 skewered sticks garnished with onion & green pepper.

Further down the bill, the beef patty is for the burger. That's for Muaz (take away). Muaz x ikut sbb attend taekwando.

I will admit the price aint exactly cheap but given the quality & ambience, I reckon its reasonable.

I am a fan & supporter of Las Vacas.

Sent via BlackBerry from Maxis

Las Vacas revisited

Lepas aku promote kesedapan Las Vacas ni, Ina pun nk merasa la jgk.

So apa lagi, seround la lagi kat Las Vacas.
Sempat gak berkenalan dgn Freddy Azman co owner nya. Rupa rupa nya pernah kerja kat Celcom skali dgn Mano. Kenal la dia dgn ramai bdk kolek.

Kali ni kitarg makan lamb chop, sirloin steak, meat pie, apple pie, garlic bread & kebab. Ok sume. Lembut2 cuma sirloin tu a bit tough kat urat nye.

Rasa gak coffee nya. Best.

Freddy kata lembu nye import dr australia & lamb nye dr new zealand.

Mmg berbaloi la. Sume harga nya RM97.

Sent via BlackBerry from Maxis

Science Plan

Dah ramai kucing kat umah tu cepat la jgk habis makanan diarg ni.

Aku mmg slalu beli Science Plan ni yg 10kg.

Aku tanya harga kat Mesra Petshop dekat umah aku dia letak harga RM155. Lepas nego, discounted price RM145.

Aku selalu beli kat Balakong je. Ada satu klinik vet situ jual starting price bru RM139. Lepas discount RM125. Walau jauh skit tapi harga nye too good to refuse.

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, July 18, 2009

Angel

Angel and cubaan comel utk mengawan.
Sent via BlackBerry from Maxis

Close up with Abu

Sent via BlackBerry from Maxis

Abu

Sent via BlackBerry from Maxis

Comel

Sent via BlackBerry from Maxis

My cats

Kucing2 kat umah tu dh bertambah kalu dulu ada abu & comel je. Sekarang dah ada angel.

Abu yang kelabu gelap tu (jantan). Comel pun jantan tapi warna putih.

Angel betina yang warna warni sikit. Tompok hitam & kuning. Kalu abu & comel haritu orang bagi, angel ni kitarg beli kat petshop; rm450.

Tujuan nye nak pasangkan dgn comel la. Dgn abu dah xboleh sbb dah kena kasi (hehehe).

Tapi comel ni macam inexperience la bab mengawan ni. Dah beriye si angel mengiau ajak beromen tapi comel ni mcm xreti nak memanjat. Apa daaaa.
Sent via BlackBerry from Maxis

Makan kat Penang Village

Aku, wife & kakyong pegi makan kat Penang Village ni di Alamanda Putrajaya.

Hari tu aku pegi Penang Village kat tropicana mall dgn zaman, cicit & pak mat tapi aku xmakan sebab aku bawa bekal. Aku rasa sikit sedap gak msakan nya.

Jadi nak try la sendiri. Aku order mi udang. Ina order mi kari. Kakyong order mihun goreng.

Sume harga rm45 lebih kurang. Mi dlm rm9.90 before tax la.

Rasa nya kira ok la. Next time nak try nasi & lauk2 dia pulak.


Sent via BlackBerry from Maxis

Futsal Time

Dah lama x main futsal. Semalam geng geng ofis booking futsal kat Sports Barn.

Dulu selalu main futsal kat Sports Planet Ampang tapi jauh sgt dari Kajang.

Sports Barn ni dekat je dari ofis. About 3mins drive.

The only slack is that the place is fully booked. Time yg kitaorg dpt cuma 7pm to 8pm. Kena la keja maghrib sikit.

Tapi bes futsal ni sebab habis kua peluh. Main nya xla seberapa sgt.

Semalam pun x ramai org. Cuma ada 6 org je. Yg lain lain sangkut kat meeting di KL. Main gol tiang je la. 3 a-side. Xpela dari xde langsung.

Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, July 15, 2009

Makan Makan at Las Vacas

Bebudak ofis aku buat makan makan kat Las vacas di kelana jaya. Tempat nya di belakang Wisma FAM. Dengar cerita boleh challenge Victoria Station.



Apa apa pun owner nya Melayu. Jadi kita try la camne rasa nya.

We arrived at about 7.30pm. Maghrib was not a problem coz a Surau is just a walking distance.


The verdict: Top Class. Juicy lamb chop. Delicious meat pie. The garlic bread & salad are also nice. The only downside would be for those expecting gravy for the steak. They are served without. You have to make use of the chilli sauce, mustard sauce & barbecue sauce. But the steak is nicely done so to me you don't feel the absence. Too bad, I was too full to try out the coffee & apple pie.

Sent via BlackBerry from Maxis

Las Vacas Makan Makan

Pics
Sent via BlackBerry from Maxis

Ijtimak Malaysia 2009

Aku memang bersyukur sangat dapat menghadiri ijtimak kat Klia quarters ni.



Sebab tak sangka Allah swt masih pilih aku yg banyak dosa ni untuk bersama dalam majlis yang penuh maghfirah.



Kagum aku melhat bhai wahab yang masih gigih bagi nasihat & bayan dlm umo nye yang dlm lingkungan 80an.



Suara nye yg serak2 basah walaupun kedengaran agak uzur tidak sikit pun bermakna ingatan nya sudah luntur dalam memberi nasihat yang bernas.



Secara keseluruhan aku lihat penganjuran ijtimak ni berjaya la. Walaupun hakikat sebenar ijtimak bukan la nak menghimpun seramai mungkin tapi untuk mengeluarkan seramai jemaah yang mungkin.



Sayang aku tak dapat nak menyebut jumlah jemaah yang dikeluarkan tapi anggaran sekitar 1000 jemaah telah dibentuk.



Memang bukan mudah untuk menghasilkan satu acara sebesar ini skala nya.



Kekalutan lantaran "lautan manusia" yang hadir dari segi penyediaan makanan, air, tempat tidor dan lain lain sudah cukup untuk mengerikan sesiapa yang ingin memikirkan nya.



Apatah lagi bagi mereka yang memang ambil tanggungjawab utk melaksanakan nya.



Mudah cerita memang hakikat nya semua adalah kerja Allah swt.



Yang penting kita semua azam untuk sediakan diri kita untuk keluar di jalan Allah swt.

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, July 13, 2009

Nasihat Bhai Wahab

Bhai Wahab bagi nasihat:

Kadang-kadang bila kita sebut atau terdengar nama pembesar-pembesar, raja-raja dsbnya kita akan terbayang kerajaan dia, kuasa dia, tentera dia, keupayaan & kehebatan nya.

Justeru itu bila kita berzikir, amat penting untuk kita bukan sekadar mengucapkan zikir tapi kita kena berlatih untuk bayangkan juga kehebatan Allah swt, kekuatan Dia.

Lama kelamaan hubungan kita dengan Allah swt akan bertambah baik.

Seorang ayah walau macamana sibuk pun dia akan berusaha untuk fikir tentang kebajikan untuk anak-anak nya. Kadang-kadang bukan sekadar anak nya malahan kebajikan cucu pun dia akan fikir. Seluruh pekerjaan di juruskan untuk memenuhi keperluan dan hajat anak & cucu nya.

Apatah lagi seorang Nabi, seorang Rasul......yang akan bersusah payah untuk memenuhi keperluan ummat nya tambah-tambah lagi di akhirat.

Kebimbangan, kasih sayang seorang Rasul akan menghalang nya untuk tidor lena pada waktu malam.

Kita tidak akan dapat buat usaha agama dengan baik selagi kita tidak ada sayang pada agama.

Kita kena usaha untuk terbitkan rasa sayang & cinta yang mendalam pada agama barulah berkorban untuk agama akan jadi mudah.

Sent via BlackBerry from Maxis

Bayan Maulana Saad

Di antara petikan bayan Maulana Saad:

Agama dalam diri hanya akan sempurna bila ada keyakinan yang betul pada Allah swt.

Dan, keyakinan yang betul ini hanya akan dapat hadir melalui perantaraan Dakwah.

Satu tanggapan masyarakat yang salah pada hari ini adalah menganggap bahawa dakwah ini hanya untuk orang yang bukan Islam.

Sedangkan adalah menjadi satu kewajipan untuk menguatkan iman yang sediada pada diri orang Islam dan mengajak orang bukan Islam kepada iman.

Untuk menyelesaikan kemelut orang Islam pada hari ini hanyalah dengan menghubungkan diri kita terus pada Kudrat Allah swt.

Dan Kudrat Allah swt tidak akan bersama orang Islam selagi mana keyakinan orang Islam adalah bergantung pada Asbab. Keyakinan pada Asbab tiada bezanya dengan keyakinan orang bukan Islam.

Orang Islam kena bina iman sehingga yakin sepenuh nya pada Allah swt, sehingga terputus pengharapan pada Asbab barulah kudrat Allah swt akan bersama dengan orang Islam.

Kemudian barulah bantuan akan datang pada orang Islam hari ini seperti mana di kecapi oleh Sahabat.

Ijtimak in Utusan

Berita Ijtimak yang mendapat liputan di Utusan

My own pics at the Ijtimak