Saturday, December 26, 2009

Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam

Papan tanda kat pintu masuk ke Taman sebut Taman Pertanian Malaysia....


Sempena cuti sekolah yang masih berbaki dan memandangkan aku dah slack tak kuar 3h minggu ni, maka masa yg aku ingat terluang digunakan juga...kali ni utk pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya di Shah Alam.

Macam macam nama yang diberikan kepada tempat ini... Taman Bukit Cerakah lah....Taman Pertanian Bukit Cahaya la... dan Signboard besar yang direct aku dari main road ke tempat ini disebut Taman Botani pulak....

Kita orang sampai lebih kurang pukul 10.45 pagi....ramai jugak yg datang tempat ni maklumlah sebab caj masuk murah je...rm3 dewasa...aku tak perasan la berape utk kanak-kanak sebab rombongan aku anak beranak semua dah dewasa....hahahha

Kereta kena parking kat luar kena caj lain RM1 satu kereta sekali masuk.. ada jugak nampak kereta lalu lalang kat dalam... aku anggapkan samada pekerja atau kumpulan khas yang ada acara perkumpulan la agaknya....

Jadi utk bergerak dalam taman ini ada 3 pilihan; (1) Jalan Kaki (penat wooooo) (2) Sewa Basikal (Satu basikal RM3 sejam, RM1 utk setiap jam tambahan) (3) Naik bas yg disediakan (free).

Pilihan yang kami ambil sudah semestinyalah yang ketiga sebab tak ada caj apa apa....Tapi beratur ambik masa dalam 15minit jugak sebab Q yang agak panjang....dan setiap bas boleh muat dalam 25 orang sahaja..

Bas yang disediakan akan mengambil penumpang mengelilingi seluruh kawasan yang seluas 817hektar itu....Jadi para pengunjung ada pilihan untuk turun di mana mana kawasan menjadi tarikan....

Apa-apa pun tarikan utama adalah Taman Iklim 4 Musim, tambahan pula iklim sewaktu ini memaparkan musim sejuk siap dengan salji (kalau nak tengok salji cepat sebab akurasa dalam bulan Mac dia tukar ke musim bunga).....

Petikan dari laman web rasmi Taman Pertanian - http://tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/16

Iklim Sederhana Empat Musim
Salji dan ais di Malaysia? Pelik tetapi benar. Di Taman Iklim Sederhana Empat Musim, anda akan merasai suasana empat musim di dalam bangunan, hasil daripada kreativiti dan teknologi manusia. Nikmatilah kecantikan musim bunga, kehangatan musim panas, lambaian musim luruh dan kedinginan musim sejuk.

BULAN

KUTUB UTARA

KUTUB SELATAN

MUSIM

MUSIM

November – Februari

Mac – Mei

Jun – Ogos

September - November

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)


Jadi kami tak melepaskan peluang untuk menikmati suasana salji dalam keadaan suhu yg cukup dingin pada -3 celcius.



Untuk makluman, ada caj rm3 bagi setiap dewasa untuk masuk yang aku rasa ok la sebab kos senggaraan la beb...

Para pengunjung akan mulanya diminta menunggu di dalam ruang menunggu yg berhawa dingin dalam masa lebih 10 minit bagi proses aklimatasi/penyesuaian....tak boleh terus masuk dengan suhu badan yg panas...nanti boleh demam...
Aku, kakyong & Muaz semasa di ruang menunggu sebelum masuk ke tempat salji....

Tapi cuma agak terkilan tak dapat masuk ke ruang salji yg cuma dapat ditatapi dari ruang melihat yang dipagari...


Tapi masih tidak mengecewakan...seronok la dapat bergambar dalam suasana salji....

Lepas kuar dari situ habis spek mata berkabus....lens kamera pun berkabus gak....hahahaha...



Hujan lebat menyambut kami sambil kami menunggu bas balik ke pintu utama....dah malas lak nak tengok tarikan tarikan yang lain... Aku akan mengunjungi lagi tempat ni awal januari sebab kompeni aku buat teambuilding di sini nanti...


Dah keluar dari situ, perut mula lapar... Kami pergi makan di Restoran Mukmin di Sek 19 yang tukang masak nya dari Tanah Besar China....kami order nasi dengan lauk-lauk nya...ikan siakap steam, udang goreng tepung, kailan belacan dan telur dadar fuyong...


Rasa nya ok la....pada aku tak begitu ketara sangat kesedapan nya berbanding yang pernah dirasa....tak cukup faktor WOW....

Lepas makan sempat lak kami singgah di karnival anjuran jabatan veterinar selangor di pekarangan stadium malawati...banyak gak pameran menarik yang kedapatan di sana macam ada pameran ternakan hidup, marshmallow halal dsb nya...

Lebih kurang 440 petang kita orang pun bertolak balik ke kajang...

4 comments:

Husaini said...

herm..rindu kat shah alam..
usaha kat shah alam mmg kuat..karkun2 pon sumer bagus2...

Ahmad Al-Hadi said...

Karkun sana memang power dan fikir hebat hebat.....

Saya ramai kenalan di sana tapi x pernh buat usaha di sana....

Kg tuan di sana ke?

Husaini said...

herm...
sblom fly..blaja kat uitm shah alam 2 thn..seksyen 18..
mmg kenal usaha pon kat situ...
biasanyer hj mat nor la la yg hndle student wat usaha tyme tuh..kalo tuan kenal la..dier pnah blaja kat US dulu...

Ahmad Al-Hadi said...

Saya percaya hj mat nor lebih dikenali penghuni langit....semoga Allah terima usaha dia dan kita semua...