Berita Harian hari ini meneruskan kejutan menerusi laporan nya:
KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.Laporan tersebut juga mengatakan bahawa laporan polis yang dibuat pada Ogos 2008 adalah setelah siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemui jalan buntu...
Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
...........
Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar Mei 2008 - enjin disedari hilang 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
Entah apa lagi benda yang depa tak bagi taw......
Sampai sekarang tak tahu la sebab apa benda ni tak dihebahkan awal awal....Kalau aku tengok dari kronologi nya... maknanya setelah dekat setahun enjin pertama keluar barulah ada insan jujur dalam ATM yang sedar benda tu hilang.....
Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.Aku rasa kalu ikut adat moto yang dah kena curi....kalau dah lama sangat tentu lah benda yang dicuri tu dah kena potong potong habis dijual dah......Jadi aku rasa enjin itu kira dah lesap la.....
"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.
"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.
wallahuallam.....
No comments:
Post a Comment