Tuesday, December 22, 2009

Pedas jugak blog ni kan....

Berita Harian (lagi lagi BH....dah aku baca ini je...)

Ahli Parlimen BN kesal laporan blog


AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk Menteri dan Timbalan Menteri semalam kesal dengan laporan sinis sebuah blog yang menyifatkan ketidakhadiran ramai wakil rakyat parti itu sebagai 'terponteng' ketika undian belah bahagian sehingga menyaksikan hanya kelebihan tiga undi bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Mereka menyifatkan dakwaan 'terponteng' itu sebagai tidak adil kerana ada menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN terikat dengan tanggungjawab tugas masing-masing atau mempunyai masalah kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menjelaskan beliau tidak hadir pada hari itu kerana dinasihatkan doktor supaya berehat berikutan komplikasi terhadap kandungannya yang sudah berusia lapan bulan.

......

Tapi yang pasti blog tu bukan blog aku lah....setelah disiasat sumber blog tu di sini... http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/exclusive-ini-dia-wajah-wajah-ahli.html

Aku rasa niat blogger tu betullah .... bukan nak bersikap sinis.... tapi yang penting teamwork....

Yb Yb semua kenalah beranggapan yang Yb yang perlu pada kerja kat parlimen tu... bukan kerja tu yg perlu kat YB sekelian.... kalu dah kena general election semula kan la payah.....

No comments: