Sunday, December 27, 2009

Indah Rupa Dari Khabar

Aku tengah baca paper sambil tunggu kereta kena cuci kat carwash aku ni. Tertarik pulak aku baca artikel ni:

Laporan Khas: Air sisa pusat cuci kereta punca pencemaran, kanser - Oleh Mohd Azis Ngah dalam Berita Minggu

Antara apa yg di laporkan:

"Air sisa basuhan daripada lebih 10,000 pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kanser.

Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95 peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai. "

Laporan tu juga cakap kalau kat negeri maju macam Jepun tak boleh nak basuh kereta sendiri kat rumah sendiri. Pembasuhan kena dilakukan di tempat khas yang diselia oleh sistem yang dapat mengumpul air sisa basuhan tersebut.

Ini kerana walaupun kita basuh kereta kat rumah pakai syampu kereta biasa tapi ianya mengandungi bahan toksik tak mudah larut yang boleh membahayakan kesihatan jugak.

Saintis dan Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, menambah:

"Mungkin ramai tidak sedar, jika air sisa basuhan kenderaan itu direbus dan diminum cuma setitik, mereka yang meminumnya akan disahkan menghidap kanser dalam tempoh 24 jam selepas itu,"

(Laporan penuh: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091226233758/Article/index_html)

Wow gempak tu....saspen jugak dengar kan bila pakar bertaraf saintis yang cakap macam tu...

Tapi kita pernah terfikir tak macam tu lah Nabi SAW kita bagi AMARAN kat kita.

Benda nampak macam bagus, sedap, seronok dan lain lain tak semestinya tak ada bahaya. Bak indah rupa dari khabar yang sebenarnya....

Hanya orang yang pakar tahu bahaya yg menanti. Dan dah jadi tanggungjawab dia la utk bagi tahu orang lain yang jahil.

Tapi itula orang jahil ni kadang kadang memang bengap. Dah tahu pun buat jugak.

Macam akula. Dah baca laporan ni pun sambil order myanmar yg keje carwash tu sental kuat sikit, letak ubat kasi kuar itu kotor lebih sikit.

Jadi dah kena jadi tanggungjawab orang yang tahu untuk cakap lagi dan lagi sebab supaya mesej benda yg bahaya ni masuk dalam benak dan kalbu kita.

Natijah nya, dakwah kena berterusan kerana ianya menafaat untuk semua orang termasuk yang bercakap sebab Prof Pauzi yg bercakap tu pun kena basuh kereta jugak kan....

Apalagi Dakwah kepada benda yang kita langsung tak nampak dengan mata kasar; Allah, Syurga, Neraka, Pahala, Dosa.........



2 comments:

Ziarah76 said...

betul, benda tak nampak memang kena selalu cakap untuk ingatkan. Syurga, neraka, dosa, pahala...etc.
benda yg nampak pun kadang2 boleh lupa...kunci, pen, etc, inikan pula yg tak nampak...lebih lagi la kena ingatkan.

Ahmad Al-Hadi said...

xpe bro... yg lupa kunci masa solat mesti teringat nye balik..... hahahaha....