Wednesday, December 30, 2009

Evolusi

1981-Aku yang duduk kat tengah tengah tu....masa ni kitaorang form5, ada trip team kriket ke KL...tetiba bas rosak kat area tapah....Masa bas tengah repair, kita orang ambik peluang bergambar kat railtrack kat belakang bengkel tu.....

1983-Selepas tengok konsert Michael Schenker Group

1986-Kensal Rise, semasa snow.....

1994-Aku pernah gemuk (sampai 85kg)
1996-Aku pergi haji

1998-dah kurus skit.....
2009-Umur 45 tahun-Berat lebihkurang 60kg


Entri kali ini aku nak bernostalgia sikit....memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2010 dalam 2 hari lagi....

Sekadar menyorot wajah wajah aku sepanjang kehidupan yang bagai sekelip mata je setakat ni....

Hakikatnya...dunia sementara, akhirat kekal abadi........

Aku kena keluar lama lama lagi....last sekali keluar 40h tahun 2004....


Rezeki o Rezeki....

Gaji aku bulan ni lambat....

Apa nak buat...sebab aku sekarang buat bisnes dengan kawan aku.....Dan disebabkan bisnes aku ni based on project claims.....kalau claims sangkut, maka aliran kewangan akan terjejas.....

Dulu ingat bila dah kerja sendiri senang nak keluar tabligh .... tapi sebenarnya keluar tak keluar hanya dengan pilihan Allah, jadi jangan mimpi la dengan senang kita dapat KELUAR walau pun bekerja sendiri....

Cuma satu hari nanti, mahu tak mahu ..... kita akan diKELUARkan dari rumah kita bila kita dah tutup mata.....

Apa yang aku nak cakap hari ini tentang kondo aku kat Bandar Hussein Onn.... (rumah aku kat Saujana Impian)... Tapi berkat rezeki anak-anak, dapat beli jugak kondo ni....

Aku beli kondo ni or kondo ni siap tahun 2000. Aku ambil kunci lebih kurang lepas aku balik dari keluar IPB 4bulan....

Kondo ni dah fully furnished siap perabut, fridge, washing machine, dapur, tv dan lain-lain kelengkapan rumah...

Aku anak beranak sekali sekala je datang menjengah kalu cuti sekolah tapi dah lama betul tak pergi sebab anak aku tengah periksa dan cuti sekolah pun banyak tuisyen....

Lama dah mesyuarat and setuju dgn wife yg kitaorang nak sewakan kondo ni tapi at fully furnished nye rate la.....jadi bulan ke bulan, tahun ke tahun....tak jadi jadi jugak....aku dok bayar juga kat bank tiap tiap bulan....

Jadi nak jadikan cerita...kawan aku Athla, kerja dia bawa teksi.... Dan sejak kebelakangan ni, dia ada berkawan dengan Pak Arab dari Oman yg baru nak start PHD program.... dan dia orang tengah cari rumah....

Lalu dia teringat la muka aku....Last last runding nya runding... Pak Arab tu bersetuju nak sewa sebulan dulu.....kalu OK dia akan sambung untuk 3 tahun sepanjang PHD program dia.....

Jadi masyukla sikit.....hehehe.... dapat jugak cover bayar apa apa yg patut...

Yang penting nya kalau Allah nak bagi rezeki, dengan cara apa sekali pun dia akan bagi.... bukan nya aku cari pun (niat tu memang ada)... aku cuma buka mulut bagi tahu member member terdekat....

Allah Maha Kuasa, Makhluk langsung tak ada kuasa.....

Sunday, December 27, 2009

Indah Rupa Dari Khabar

Aku tengah baca paper sambil tunggu kereta kena cuci kat carwash aku ni. Tertarik pulak aku baca artikel ni:

Laporan Khas: Air sisa pusat cuci kereta punca pencemaran, kanser - Oleh Mohd Azis Ngah dalam Berita Minggu

Antara apa yg di laporkan:

"Air sisa basuhan daripada lebih 10,000 pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kanser.

Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95 peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai. "

Laporan tu juga cakap kalau kat negeri maju macam Jepun tak boleh nak basuh kereta sendiri kat rumah sendiri. Pembasuhan kena dilakukan di tempat khas yang diselia oleh sistem yang dapat mengumpul air sisa basuhan tersebut.

Ini kerana walaupun kita basuh kereta kat rumah pakai syampu kereta biasa tapi ianya mengandungi bahan toksik tak mudah larut yang boleh membahayakan kesihatan jugak.

Saintis dan Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, menambah:

"Mungkin ramai tidak sedar, jika air sisa basuhan kenderaan itu direbus dan diminum cuma setitik, mereka yang meminumnya akan disahkan menghidap kanser dalam tempoh 24 jam selepas itu,"

(Laporan penuh: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091226233758/Article/index_html)

Wow gempak tu....saspen jugak dengar kan bila pakar bertaraf saintis yang cakap macam tu...

Tapi kita pernah terfikir tak macam tu lah Nabi SAW kita bagi AMARAN kat kita.

Benda nampak macam bagus, sedap, seronok dan lain lain tak semestinya tak ada bahaya. Bak indah rupa dari khabar yang sebenarnya....

Hanya orang yang pakar tahu bahaya yg menanti. Dan dah jadi tanggungjawab dia la utk bagi tahu orang lain yang jahil.

Tapi itula orang jahil ni kadang kadang memang bengap. Dah tahu pun buat jugak.

Macam akula. Dah baca laporan ni pun sambil order myanmar yg keje carwash tu sental kuat sikit, letak ubat kasi kuar itu kotor lebih sikit.

Jadi dah kena jadi tanggungjawab orang yang tahu untuk cakap lagi dan lagi sebab supaya mesej benda yg bahaya ni masuk dalam benak dan kalbu kita.

Natijah nya, dakwah kena berterusan kerana ianya menafaat untuk semua orang termasuk yang bercakap sebab Prof Pauzi yg bercakap tu pun kena basuh kereta jugak kan....

Apalagi Dakwah kepada benda yang kita langsung tak nampak dengan mata kasar; Allah, Syurga, Neraka, Pahala, Dosa.........



Saturday, December 26, 2009

Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam

Papan tanda kat pintu masuk ke Taman sebut Taman Pertanian Malaysia....


Sempena cuti sekolah yang masih berbaki dan memandangkan aku dah slack tak kuar 3h minggu ni, maka masa yg aku ingat terluang digunakan juga...kali ni utk pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya di Shah Alam.

Macam macam nama yang diberikan kepada tempat ini... Taman Bukit Cerakah lah....Taman Pertanian Bukit Cahaya la... dan Signboard besar yang direct aku dari main road ke tempat ini disebut Taman Botani pulak....

Kita orang sampai lebih kurang pukul 10.45 pagi....ramai jugak yg datang tempat ni maklumlah sebab caj masuk murah je...rm3 dewasa...aku tak perasan la berape utk kanak-kanak sebab rombongan aku anak beranak semua dah dewasa....hahahha

Kereta kena parking kat luar kena caj lain RM1 satu kereta sekali masuk.. ada jugak nampak kereta lalu lalang kat dalam... aku anggapkan samada pekerja atau kumpulan khas yang ada acara perkumpulan la agaknya....

Jadi utk bergerak dalam taman ini ada 3 pilihan; (1) Jalan Kaki (penat wooooo) (2) Sewa Basikal (Satu basikal RM3 sejam, RM1 utk setiap jam tambahan) (3) Naik bas yg disediakan (free).

Pilihan yang kami ambil sudah semestinyalah yang ketiga sebab tak ada caj apa apa....Tapi beratur ambik masa dalam 15minit jugak sebab Q yang agak panjang....dan setiap bas boleh muat dalam 25 orang sahaja..

Bas yang disediakan akan mengambil penumpang mengelilingi seluruh kawasan yang seluas 817hektar itu....Jadi para pengunjung ada pilihan untuk turun di mana mana kawasan menjadi tarikan....

Apa-apa pun tarikan utama adalah Taman Iklim 4 Musim, tambahan pula iklim sewaktu ini memaparkan musim sejuk siap dengan salji (kalau nak tengok salji cepat sebab akurasa dalam bulan Mac dia tukar ke musim bunga).....

Petikan dari laman web rasmi Taman Pertanian - http://tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/16

Iklim Sederhana Empat Musim
Salji dan ais di Malaysia? Pelik tetapi benar. Di Taman Iklim Sederhana Empat Musim, anda akan merasai suasana empat musim di dalam bangunan, hasil daripada kreativiti dan teknologi manusia. Nikmatilah kecantikan musim bunga, kehangatan musim panas, lambaian musim luruh dan kedinginan musim sejuk.

BULAN

KUTUB UTARA

KUTUB SELATAN

MUSIM

MUSIM

November – Februari

Mac – Mei

Jun – Ogos

September - November

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Panas (Summer)

Musim Gugur (Autumn)

Musim Salji (Winter)

Musim Bunga (Spring)


Jadi kami tak melepaskan peluang untuk menikmati suasana salji dalam keadaan suhu yg cukup dingin pada -3 celcius.



Untuk makluman, ada caj rm3 bagi setiap dewasa untuk masuk yang aku rasa ok la sebab kos senggaraan la beb...

Para pengunjung akan mulanya diminta menunggu di dalam ruang menunggu yg berhawa dingin dalam masa lebih 10 minit bagi proses aklimatasi/penyesuaian....tak boleh terus masuk dengan suhu badan yg panas...nanti boleh demam...
Aku, kakyong & Muaz semasa di ruang menunggu sebelum masuk ke tempat salji....

Tapi cuma agak terkilan tak dapat masuk ke ruang salji yg cuma dapat ditatapi dari ruang melihat yang dipagari...


Tapi masih tidak mengecewakan...seronok la dapat bergambar dalam suasana salji....

Lepas kuar dari situ habis spek mata berkabus....lens kamera pun berkabus gak....hahahaha...



Hujan lebat menyambut kami sambil kami menunggu bas balik ke pintu utama....dah malas lak nak tengok tarikan tarikan yang lain... Aku akan mengunjungi lagi tempat ni awal januari sebab kompeni aku buat teambuilding di sini nanti...


Dah keluar dari situ, perut mula lapar... Kami pergi makan di Restoran Mukmin di Sek 19 yang tukang masak nya dari Tanah Besar China....kami order nasi dengan lauk-lauk nya...ikan siakap steam, udang goreng tepung, kailan belacan dan telur dadar fuyong...


Rasa nya ok la....pada aku tak begitu ketara sangat kesedapan nya berbanding yang pernah dirasa....tak cukup faktor WOW....

Lepas makan sempat lak kami singgah di karnival anjuran jabatan veterinar selangor di pekarangan stadium malawati...banyak gak pameran menarik yang kedapatan di sana macam ada pameran ternakan hidup, marshmallow halal dsb nya...

Lebih kurang 440 petang kita orang pun bertolak balik ke kajang...

Friday, December 25, 2009

Aku masih seorang domba..

Mesej dari hisham jabir, sahabat karkun aku:

Jemaah 3 hari dari saujana impian brkumpul di surau jam 10am pd jumaat 25/12/09 : 1. Alhadi 2. Hisham 3. Abd Mujib 4. Razif 5. Rashidi 6. Ilyas 7. Ashraf 8. Wak Mastur 9. Hj Anuar 10. Zul Impian Murni 11. Hj Ramli 12. Abd Aziz 13. Kamal 14. Zulfikri 15. Hj K 16. Wan Zuhairin 17. Tun Amir 18. Tun Azwan 19. Nizam. 20. Zamri. Harap maklum.

..Pandai-pandai je hisham letak nama aku first sekali dlm list tu..

Aku ni domba..memang akan ketinggalan nya.. Aku bagi tahu kat wife aku yg aku nak kuar 3h agi. "Tak payah kua la.. Awak kua tak kua pun..sama je (bahasa sebenar yg digunakan lebih pedas tapi aku sensored)..

So bila sampai masa nya, aku jadi malas la nak kua. Malas nak gaduh. Biarkan. Akukan domba. Selalu tertinggal.

Tak apa... I will return.. Ya Allah kau lebih mengetahui apa dalam hati ku.


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, December 24, 2009

2010 melambai ku....

Tahun Masehi 2010 melambai lambai dari selekoh sana....petanda 2009 akan melabuhkan tirai..

Andainya aku lupa, Tahun Hijrah 1431 telah pun hadir....tapi aku terfikir sejenak di mana aku sebenar nya.....

Banyak sangat gelora dalam jiwa aku sekarang.... aku berperang dengan bermacam perasaan dan banyak benar yang bersarang... Tapi yang jujurnya, aku telah banyak kehilangan jiwa & rasa...

Bila duit makin susut, rasa gelabah datang... bila duit melimpah rasa shukur nya kurang...

Keseronokan yang sebenar dalam hidup aku belum lagi di waktu duit yang banyak... Memang masa duit banyak terasa lapang & mewah tapi jiwa aku rasa penuh dan tenteram sebenar nya bila aku di jalan Allah swt...

Banyak pengalaman masa aku khuruj di jalan Allah swt membawa aku intim dengan jiwa aku...namun kadang-kadang aku gagal menongkah arus kehidupan bilamana aku kembali dari khuruj....

45tahun umur aku yang dah berlalu bagaikan sekelip mata....

Aku di zaman pra-sekolah....aku tak ingat sangat
Aku sekolah rendah st georges 2 taiping....rasa mcm semua boleh buat....
Zaman remaja di mckk..
Mengenali hidup di London...
Bertemu tabligh..
Dunia Kerja...
Dunia Kahwin.....
Zaman kegelapan...

Aku tak tahu di mana silap nya....aku harus kuat untuk bangkit dari kegelapan ini... orang kata mengakui kesilapan adalah langkah pertama menuju kebenaran....

Apa-apapun aku masih merasa yakin bahawa hanya Allah yg dapat beri menafaat atau mudarat. Tapi aku kena usaha habis-habisan...tipuan syaitan sangat halus... dan kadang-kadang lebih hebat untuk yg terhebat di kalangan kita....

Adakah aku mahu mengaku kalah dari persengketaan ini....

Aku sebenar nya kecewa kerana tidak dapat merealisasikan kehidupan yg suci murni ...adakalanya aku merasa ianya di dalam gapaian ku tapi setiap kali aku bertegas, ianya makin menjauh.....aku banyak makan hati yang membuat aku akhirnya angkat tangan dan menyerah kalah....

Aku merasa perjuangan ini satu yang sangat sepi tanpa sokongan kuat isteriku....Aku merindukan seorang yang dapat menyokong ku ketika aku lemah dan mengingat kan aku ketika aku sedang rancak....tapi aku berakhir menjadi seorang yang sangat sendirian......

Biar la, aku kata...mungkin itu takdirku.....aku sudah ditakdirkan untuk tidak jadi yg hebat...

Tapi sampai bila aku nak jadi penumpang saja.... biarla apa orang lain kata..... tapi kita adalah pemandu kehidupan kita masing-masing....mungkin sudah tiba masanya aku ambil tanggungjawab di atas kesalahan aku...dan mula mengorak langkah ke hadapan....

Tuesday, December 22, 2009

Pedas jugak blog ni kan....

Berita Harian (lagi lagi BH....dah aku baca ini je...)

Ahli Parlimen BN kesal laporan blog


AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk Menteri dan Timbalan Menteri semalam kesal dengan laporan sinis sebuah blog yang menyifatkan ketidakhadiran ramai wakil rakyat parti itu sebagai 'terponteng' ketika undian belah bahagian sehingga menyaksikan hanya kelebihan tiga undi bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Mereka menyifatkan dakwaan 'terponteng' itu sebagai tidak adil kerana ada menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN terikat dengan tanggungjawab tugas masing-masing atau mempunyai masalah kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menjelaskan beliau tidak hadir pada hari itu kerana dinasihatkan doktor supaya berehat berikutan komplikasi terhadap kandungannya yang sudah berusia lapan bulan.

......

Tapi yang pasti blog tu bukan blog aku lah....setelah disiasat sumber blog tu di sini... http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/12/exclusive-ini-dia-wajah-wajah-ahli.html

Aku rasa niat blogger tu betullah .... bukan nak bersikap sinis.... tapi yang penting teamwork....

Yb Yb semua kenalah beranggapan yang Yb yang perlu pada kerja kat parlimen tu... bukan kerja tu yg perlu kat YB sekelian.... kalu dah kena general election semula kan la payah.....

ENJIN oh ENJIN


Berita Harian hari ini meneruskan kejutan menerusi laporan nya:

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

...........

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM
  • 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
  • 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
  • Mei 2008 - enjin disedari hilang
  • 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
  • 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
  • 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
  • 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
  • Laporan tersebut juga mengatakan bahawa laporan polis yang dibuat pada Ogos 2008 adalah setelah siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemui jalan buntu...

    Entah apa lagi benda yang depa tak bagi taw......

    Sampai sekarang tak tahu la sebab apa benda ni tak dihebahkan awal awal....Kalau aku tengok dari kronologi nya... maknanya setelah dekat setahun enjin pertama keluar barulah ada insan jujur dalam ATM yang sedar benda tu hilang.....

    Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

    "Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

    "Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.
    Aku rasa kalu ikut adat moto yang dah kena curi....kalau dah lama sangat tentu lah benda yang dicuri tu dah kena potong potong habis dijual dah......Jadi aku rasa enjin itu kira dah lesap la.....

    wallahuallam.....

    Sunday, December 20, 2009

    66 Lawan 63

    Aku bukan arif sangat pasal politik...tapi bila baca surat habaq hari ni baru la aku taw yang bukan dengan wakil rakyat lompat parti saja kerajaan boleh tumbang....

    Rupa-rupanya bila bajet tak dapat diluluskan boleh jadi satu ancaman jugak...

    Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.
    (Berita Minggu 20 Jan 09)

    Rupa-rupanya banyak Ahli Parlimen BN yang "tuang".....macam-macam hal la.... ada yg mc.... ada yang cuti hujung tahun...ada yg cuti kawin (he's the man, hehehe).... ada yang memang saja saja tuang kot...

    Tapi apa kes geng pembangkang boleh datang....

    "Dalam kes Selasa lalu, seramai 66 Ahli Parlimen menyokong bajet itu, manakala 63 wakil rakyat parti pembangkang menentang. Jika dilihat daripada peratusan kehadiran jelas bahawa 66 daripada 137 kerusi Parlimen BN hanya 46 peratus sokongan, manakala pembangkang 63 daripada 82 kerusi atau 77 peratus, bermakna kelebihan kepada pembangkang.

    "Jelas di sini, memang wujud pendekatan terancang pihak pembangkang untuk memastikan Bajet 2010 tidak diluluskan pada malam berkenaan. Ia juga jelas bahawa sudah menjadi agenda mereka untuk menumbangkan kerajaan tidak kira apa cara sekali pun. Justeru, BN perlu bijak mengatur strategi mengesan apa saja langkah pihak lawan.

    "Ahli Parlimen juga perlu bertanggungjawab untuk hadir di persidangan Dewan Rakyat walaupun mempunyai tugas lain tanpa mengira waktu dan sepatutnya tiada alasan diberikan untuk menidakkan kehadiran di Parlimen. Lagipun, jadual persidangan Dewan Rakyat sudah diberikan lebih awal, jadi ahli Parlimen perlu bijak merencanakan jadual masing-masing," katanya.

    Memang tak sedar diri kot wakil rakyat BN ni....betul betul tak "coordinated".... hampa nak cuti cuti la tapi kena la ada "monitor" yang pantau kedudukan.... betui betui macam orang nak pergi main bola tapi bas yang nak bawa pemain tak kisah pemain cukup ke tak.... Lawak betui la hampa ni....

    Jadi jangan ingat pembangkang ni takdak "pakatan" sebab "barisan" dah habis bengkang bengkok.... DS Najib tolong la bawa kua rotan sikit..... baru baru ni NKRA sikit nya baguih tercapai tapi macamana dengan KPI kehadiran ahli parlimen ni.....

    Semalam kat Eropah.. Hari ini kat Amerika Selatan..

    Suratkhabar hari ni melapurkan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai rm50juta milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang hilang sudah dijual ke pihak tertentu di Amerika Selatan.

    Pelik juga.. Semalam suratkhabar yang sama mengatakan jentera tersebut berada di Eropah...tup tup hari ini dia habaq balik kata urusan jualbeli yg berlaku meletakkan aset itu sekarang di Amerika Selatan....Nampaknya siasatan belum dapat mengenal pasti kat mana sebenaq nya benda tu.... yela benda dah hilang kalu taw kat mana tak ada la hilang nama nya.....

    Ada lagi fakta yang pelik dlm insiden ini..

    Kehilangan tu berlaku tahun 2007.. Tapi cuma baru sedaq benda tu hilang pada januari 2009.. Dan kita rakyat jelata baru taw dlm surat habaq disember 2009..

    Kenapa kehilangan harta rakyat semahal rm50juta lambat nak dihebahkan? Kita rakyat biasa ni manala taw apa pasai.. Mungkin depa ingat bole jumpa balik kot...

    Yang nampak jelas adalah penglibatan orang dalam yang begitu ketara...sebab bukan setakat barang nya hilang, siap dengan rekod rekod dia sekali... aku rasa macam kereta hilang siap dengan geran dia sekali la kot..... sebab dia kata kalu tidak barang tu langsung tak laku.....

    Disebut dalam surat habaq tu, "Walaupun TUDM mempunyai sistem penghantaran cukup baik tetapi mungkin kerana dilakukan oleh kumpulan pegawai bawahan yg cukup terancang dgn pihak luar"

    Tak apa lah kita tunggu lapuran surat khabar yang seterusnya. Itupun kalau depa nak bagi tahu la...


    Sent via BlackBerry from Maxis

    Bolasepak Malaysia menang emas di Sukan SEA

    Skuad Nasional U-23 seperti di www.fam.org.my

    Akhirnya... Setelah menanti 20 tahun Malaysia kembali ke takhta bolasepak seantero asia tenggara dengan mengalahkan Vietnam 1-0.

    Setelah berkali-kali harapan seluruh peminat hancur berkecai dalam penampilan pasukan Malaysia, ramai yang tidak menaruh harapan tinggi dalam kejohanan Sukan Sea edisi ke 25 yang berlangsung di vientiane Laos.

    Aku sendiri merasa agak sinis dengan keupayaan malaysia ni sebab kali terakhir menang pun semasa sukan sea di KL 1989. Masa tu pun aku baru kahwin lagi dan aku sedang bekerja di kuantan.

    Sejak itu prestasi pasukan kita pun memang merudum dengan begitu teruk sehingga amat sukar untuk "memaksa" rakyat jelata untuk menyokong pasukan sendiri.

    Apa tak nya ranking skuad malaysia di mata Fifa pun jauh nun di tangga ke 160. Ranking Fifa tersebut menyenaraikan pencapaian terbaik Malaysia adalah 75 di tahun 1993 (Ogos).... dan ditinjau pada geraf dalam imej bawah, kita akan lihat kemerosotan ranking negara sehingga ke posisi paling teruk yaitu 170 pada April 2008.

    Source: www.fifa.com

    Ranking yang menyenaraikan 203 negara dunia meletakkan Spanyol di tempat pertama, Brazil ke 2, ke 3 Belanda, ke 4 Itali dan disusuli Portugal ditempat ke5. Papua New Guinea berada di tempat ke 203.

    Pasukan yang dahulunya dianggap kerdil atau setara pun sudah meningkat mutu permainan mereka dan jauh mengatasi Malaysia dalam ranking tersebut:

    • Thailand (105)
    • Singapore (110)
    • Indonesia (120)
    • Laos (178)
    • Kemboja (175)
    • Vietnam (123)
    • Myanmar (140)

    Tidak syak lagi ramai yang berburuk sangka dengan peluang Malaysia di sukan sea kali ini.

    Namun setelah berjaya meloloskan diri dari peringkat kumpulan dengan menundukkan thailand 2-1 dlm perlawanan yang kita mesti menang, para peminat mula memberi perhatian.

    Apatah lagi thailand merupakan juara bertahan.

    Di peringkat separuh akhir, malaysia menundukkan pula laos yakni pasukan tuan rumah 3-1 bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu vietnam.

    Vietnam dianggap favourite kerana malaysia mudah dijinakkan 3-1 dlm peringkat kumpulan yg menyaksikan zakuan adha dilayangkan kad merah.

    Jurulatih vietnam yg berbangsa portugal juga dilapurkan memandang rendah peluang malaysia.

    Namun ini semua dapat disangkal dengan malaysia akhirnya dapat menewaskan vietnam dengan 1 gol tanpa balas.

    Walaupun gol tersebut merupakan gol sendiri hasil biasan pemain vietnam namun aku memang menganggap malaysia lah pasukan yang layak menang.

    Malaysia berjaya menyerap serangan bertalu-talu pihak vietnam. Dan di dalam saat kealpaan pihak vietnam, gol tunggal tersebut dapat dijelmakan.

    Syabas kepada skuad Malaysia namun bak kata Rajagopal si jurulatih, ini hanya titik permulaan.

    Aku rasa ini banyak benarnya kerana ahli skuad tersebut ramai yang muda muda jadi masih ada peluang untuk peningkatan ke tahap yg lebih membanggakan.


    Sent via BlackBerry from Maxis

    Sunday, December 13, 2009

    Port Dickson - Tiara Beach Resort

    Jarak PD dari rumah aku lebih kurang 90 km....kira bole jamak la....


    Muaz melangkah keluar dari lobby area...

    Aprtment nya agak luas dan selesa....

    Pandangan dari balkoni luar bilik....

    Pandangan kolam utama...

    shopping sikit kat gerai di teluk kemang....

    Cuti keputeraan Sultan Selangor digunakan kami sekeluarga bagi bercuti ke Port Dickson, khususnya di Tiara Beach Resort.

    Jangan terkeliru dengan nama "beach" nya. Kerana tempatnya bukan menghadap muka pantai tetapi di seberang jalan pesisiran pantai yang menghala ke Melaka.

    Walau bagaimanapun, keistimewaan Tiara Beach Resort terletak pada kolam ala Taman Tema Air nya.

    Namun ketiadaan gelungsur hebat seperti yang kedapatan di taman tema air sebenar agak melunturkan pengalaman rekreasi di situ.

    Ianya hanya sekadar berada di sebuah kolam renang yang besar. Agak menyeronokan kerana kebetulan cuaca semasa yang panas.

    Kolam renang yang disajikan pun paling dalam hanyalah 1.2meter dan kehadiran para "lifeguard" yang bertugas dapat menenangkan ibubapa yang beranak kecil.

    Aku sekeluarga lebih mengharapkan kolam yang lebih dalam agar lebih mencabar.

    Jadi aku dapat markahkan pengalaman di kolam nya 3/5.

    Bilik kami diami merupakan family suite bercorak apartment 2 bilik yg aku anggarkan seluas 20kaki x 20kaki keseluruhan nya. Agak selesa. Tapi penghawa dingin di bilik utama menitis air nya. Aku pun malas nak panggil repair. Malam pun tak pasang aircon. Kipas di bilik tamu utama luar sudah memadai.

    Kita orang plih situ sebab ada school holiday offer... Rm438 semalam...

    Malam nya kami dinner di medan ikan bakar kg teluk. Lebih kurang 5km ke arah melaka. Hidangan di situ bagus cuma bersedia dengan wang secukupnya kalau kau orang memang nak melantak kau kau sebab makanan laut macam ikan, ketam, sotong dll kira timbang.

    Tiara Beach Resort terletak di tanda (A), manakala kg teluk yg terletak dekat dengan pekan pasir panjang di tanda (B)...Hati-hati bila melalui jalan ke pasir panjang sebab projek pembesaran jalan masih berjalan .....Aku rasa ada problem dengan kontraktor sebab tahun lepas macam ni jugak....Masa nak balik ke Tiara Beach lepas makan tu, aku hampir hampir terbabas sebab lorongan yang mengelirukan.....

    Aku n family makan sup ekor, sayur kangkung belacan, lala sweet n sour, ikan bakar sederhana saiz seekor, sotong goreng tepung. Semua kena rm105 lebih kurang. Nasi lemak bungkus nya sedap.

    Cuma makan kena man man sebab ambk masa nk masak. Hehehe.

    Masakan nya ok. Keseluruhan aku bagi 4/5.

    Sunday, December 06, 2009

    Home-made burger

    Hari ini tak pergi mana mana jadi aku masak burger.

    Mula mula ingat nak makan prosperity burger kat McD tapi baru smalam breakfast kat sana.

    Masa pergi Giant tadi, aku beli la bahan bahan nya. Daging dua slice, breadcrumb dan lain lain. Aku blend semua kemudian aku buat bulat bulat, lepastu aku penyek penyek kan bentuk burger.

    Aku blend bawang and halia sekali. Hasil nya sedap juga. Cuma terasa agak pahit pahit sikit. Adakah sebab blackpepper tu. Aku goreng dalam minyak zaitun guna kuali leper beli kat cowboy supermarket melaka semalam.

    Anak-anak aku kata ok je. Tak apa. Lain kali aku nak tengok tengok resepi org lain nak improve kan sikit.

    Sent via BlackBerry from Maxis

    Kenduri di Melaka

    Breakfast di McD sebelum bertolak

    Dah sampai di Kg Padang Sebang Melaka...aku dah tembam sikit....hahahha

    Perasan tak tiang bunga telor kat belakang sana...ianya menarik perhatian aku bila masuk ke pintu utama tuan rumah...

    Muaz tak nak makan....kenyang denga McD lagi katanya....

    Tuan Rumah lelaki yang ber "t-shirt" belang tu....

    Tuan Rumah yang bertudung hijau tu....

    Semalam, kami sekeluarga pergi ke Melaka menghadiri kenduri seorang saudara (belah isteri aku). Rumah saudara tersebut terletak di Kg Padang Sebang di kawasan Alor Gajah Melaka.

    Kami bertolak dari Kajang pada pukul 10pagi & agak mengejutkan kami bila tiba di rumah kenduri pada pukul 1130 pagi sebab sudah meriah kehadiran semua tetamunya. Sedikit berbeza dengan suasana di Kajang bila selalunya jamuan bermula jam 12 tengahari.

    Selepas kenduri kami sekeluarga meneruskan perjalanan menyusuri jalan lama ke bandaraya melaka melalui Rembia & Cheng. Sempat lah juga ronda ronda dan shopping sikit di Mahkota Parade.

    Sebelah petang kami singgah pula di Pasaraya Cowboy di Cheng yang agak popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat membeli belah secara borong terutama untuk periuk-periuk, bekas nasi yang besar dan segala macam kelengkapan untuk peruncit....

    Kami bertolak balik pukul 6 petang dan tiba di Kajang lebih kurang pukul 730 mlm.

    Monday, November 23, 2009

    Sirih Pulang ke Gagang II

    Jenuh aku nak cari Surau ni.... terasa macam Allah nak sesat kan aku ke.... dah 2 kali pusing tempat tu tapi tak jumpa jumpa.... Hidayat o Hidayat...

    Para Jemaah menikmati minuman petang.... memang bes makan dalam talam ni.... tak lapa pun jadi lapa.... tak sedap pun jadi sedap ....

    Umumi Ghast hari pertama...

    Zumidar Ghast.....

    Aku khidmat taam hari kedua...masak gulai beriani ayam....

    Baru selesai masak dan hidangkan jemaah makan....

    Aku dah lama tak keluar.....

    Itulah....aku ada teringat satu bayan yang cakap;

    "Bila Allah swt kasih pada satu orang hamba Nya, maka dia akan pilih hamba Nya itu untuk buat kerja Agama Nya....
    Tapi bila Allah swt benci pada hamba Nya, maka dia akan sibukkan hamba Nya tu dengan dunia sehingga tidak ada masa untuk buat kerja Agama Nya"

    Aku dah rancang lama nak keluar balik tapi itulah kan.... Kita kena banyak doa supaya Allah swt pilih kita itu yang sebenar nya....

    Jadi, Surau Nurul Aman, Taman Damai Jaya Bt10 Cheras menjadi saksi kepada kepulangan Alhadi ke medan tabligh.... semoga istiqamah adanya....

    Tapi tak adalah aku keluar penuh 3hari tapi sekadar Sabtu & Ahad je...

    Masa hari ahad tu aku dapat tugas memasak, partner dgn dr zul.... Aku biasala nak jugak buat nasi beriani & lauk beriani ayam (ingat nak buat daging tapi malas lak nak tunggu daging lembut).

    Kalu tengok gambar kat atas tu bole la nampak masakan yang aku buat tu... Tapi yang saspen nya masa masak nasi beriani....

    Bukan nya apa.... periuk nasi nya kecik tapi jemaah lebihkurang 15orang... aku pun rembat masak banyak sikit.... aku pakai sukatan mangkuk sup yang sederhana besar sebanyak 3 1/2...

    Air pun aku tambah lebih sikit dlm 4 mangkuk sebab aku tak pakai beras basmati, beras biasa je....bajet hehehe.....

    Bila periuk letrik tu terpadam.... nasi mentah agi...... panik seketika aku..... aku pun berdetik dalam hati.... Dugaan keluar ni,..... Jangan ingat yang masakkan masakan tu kita..... ALLAH yg masakkan....

    Aku pun berzikir sikit...minta doa dengan Allah..... Aku dapat idea.... Aku ambik kertas kecik, aku sumbat kat penekan suis letrik tu... Aku paksakan dia masak... dalam 5 minit aku buat mcam tu... sampai berbau skit macam nak hangit... Aku berhentikan.... Alhamdulillah, nasi masak.... kerja beres.... hehehehe..... Allah Maha Kuasa, Makhluk memang tak berkuasa langsung.....

    Seronok tengok jemaah makan.... Sampai dekat nak habis sekali hadap..... hahahahhaa

    Malam aku dengan Dr Zul beli mi sup bungkus untuk top-up sikit....