Tuesday, January 05, 2010

Fitnah kepada Saiyidina Umar r.a.?

Hari ghast haritu aku diputus bagi bayan. Ini pun dah lama aku tak buat.

Aku bab bayan ni bukan la reti sangat. Aku punya approach cuma satu je. Cakap apa yang kita dah selalu cakap dalam lingkungan 6 points.

Aku tak berapa suka cakap benda yg tinggi-tinggi. Habis-habis aku bercakap pasal kisah sahabat dan tamsilan yang mudah-mudah je.

Aku jarang akan sebut ayat quran melainkan yang lazim aku dengar.

Yela aku ni bukan nya ustaz dan memang setakat yang aku faham selama ni, kalau kita tak lari dari 6points kira dah memadai la.

Tapi dalam aku hati-hati memilih inti bayan aku, rupa-rupanya ada jugak elemen yg dianggap kontroversi.

Aku ceritakan kisah Saiyidina Umar yang setakat yang aku tahu sebelum memeluk islam pernah melakukan beberapa perkara yg dilarang agama.

Di antaranya yang aku sebut adalah perihal Saiyidina Umar pernah bunuh anak-anak perempuan nya hidup-hidup.

Lepas bayan ada seorang hamba allah tegur aku bila aku approach salah sorang one-on-one.

Dia tanya, "Tuan ni Ustaz?"

Aku jawab, "Taklah.. Saya orang biasa je"

Nak pendekkan cerita... Dia kabor ada rujukan ke bila cite pasal Saiyidina Umar tu sebab ada orang kat itu adalah fitnah.

Aku cakap aku tak ingat la secara spesifik dari mana tapi aku rasa dah biasa dengar la.

Lagipun benda tu berlaku masa dia bukan Islam lagi.

Aaah. Aku tak kisah la. Bila aku tanya sahabat aku Hisham..kisah tu memang ada dalam hayatus Sahabah.

Macam-macam hal la manusia ni kan. Benda-benda macam tu pun nak buat pening kepala.

Dakwah jela lagi dan lagi. Dok gitu...


Sent via BlackBerry from Maxis

2 comments:

Ziarah76 said...

saya pun pernah dengar kisah tu. Tapi di mana ye?

Jee said...

Salam.
Kata ada Ustaz Ismail Kamus hendak datang selepas Maghrib ke Surau Saujana Impian hari ini, 9/1/2010? Saya pergi, tiada pun Forum Perdana tersebut? Makluman tersebut, saya lihat di blog SSI dan BANNER di sekitar Kajang.