Tuesday, March 09, 2010

Apa yang kita buat ?


Allah swt maha adil .....

Setiap orang dapat 24jam dalam sehari, tak lebih, tak kurang.

Samada kaya, miskin, presiden, peminta sedekah, masyhur atau tak, bahagian masa yang kita dapat sama saja.

Tapi apa yang kita buat dengan 24 jam kita?

Macam sekarang ni.... aku guna masa aku tengah tulis blog ni....

Sebab apa ek.....

Kalau ikut takrifan orang lama....ini dah masuk perkara lagho/lalai....

Masa aku kat Bangladesh, aku kena jadi amir sahb, jadi masa tengahari kebiasaan lepas taam semua budak-budak lepak.

Biasalah waktu infrardi kan. Patutnya buat amalan infradi atau rehat/tidor.

Tapi semua ahli jemaah sibuk borak-borak cerita pasal kampung la dll..

Orang tempatan yang iring jemaah kami nama Abdul Ghafur terus tegur aku; "Amir Sahb, get your jamaat to sleep and not engage in small talk.... this is not good for your fikir"

Hehehe, aku ikut lah juga nasihat tu tapi biasa la.... hidup ni kalau kita dapat kekalkan fikir kita pada tahap yang tinggi pada setiap masa memang la hebat.

Tapi aku anggap manusia awam macam kita ni kena juga la ada ruang lagho nye supaya tension kita tak naik ke kepala. Nanti dah asik fikir yang tinggi aje mula ada perasan macam malaikat. Tengok semua orang lain salah aje.

Tapi dalam apa-apa pun kita kena bersederhana. Maksud aku, secara keseluruhan 24 jam kita tu kena usaha tingkatkan peratusan untuk agama.

Cuma masalah sekarang macamana nak membanyakkan peratusan nya. Orang lama dah bagi garis panduan nya. Sekurang-kurang nya 2 setengah jam je untuk fikir agama...

Itu pun untuk peribadi aku....dah kira payah.

Sebab aku akan banyak habis masa untuk benda-benda lain yang aku rasa penting dalam hati aku.....

Jadi bila dah banyak masa habis untuk benda-benda lain.....apa lagi yang tinggal untuk agama?

Dah tak ada la kan.....

Padan muka aku.....

Itu sebab kita kena cerita lagi dan lagi tentang kepentingan agama, dengar lagi dan lagi tentang kepentingan agama.... sampai kita merasa kepentingan agama dalam jiwa kita, sampai kita rasa rugi bila tak peruntukkan masa kepada agama.

Saya kena menangis bila masa saya habis untuk perkara selain pada agama tapi sekarang banyak rasa "tak apalah".....

Itupun kalau kita dah dapat rasa kepentingan agama meresap dalam segenap urat nadi jiwa kita, belum tentu lagi dapat bagi masa tentang agama....

Sebab apa ek.....

Sebab ini tentang pilihan bukan tentang kebolehan, kepandaian, keinginan.....

Kita dah ada kebolehan, kepandaian, keinginan tapi kalau Allah dah tak pilih kita maka kita masih akan dipinggirkan.

Kita dah semangat berkobar-kobar; "InshaAllah, saya azam 4 bulan cash...."

Balik rumah je kena ingatkan, "Abang, kita kena pergi shopping la bang, barang dapur semua dah habis...."

Hehehehe.....

Ini memang usaha pilihan, tapi hati mahu nangis......

Sunday, March 07, 2010

Apa nak cakap?

Inshaallah tuan bayan!

Alamak amir sahb, mentang-mentang saya datang lambat, amir sahb putus saya bayan. Ini dah satu hukuman. Saya tak ada fikir la amir sahb.

Tak apa, bayan je...

Apa nak buat. Takkan nak protes kot, mana boleh derhaka dengan amir sahb.

Saya pendek je la amir sahb? Ikut je la, jawab amir sahb.

Sebenarnya bayan ni bukan la susah. Cakap je Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Itu dah kira bayan la tu.

Orang lama lama bayan pun benda yang ringkas-ringkas je. Tapi sebab korban dia orang tinggi, kesan dia dalam.

Macam Nabi SAW pun ajakan dia pun terus kepada maksud - wahai manusia, ucaplah Lailahailallah, pasti kamu berjaya.

Yela, bayan bukan lah maksud utama kan. Hanya salah satu metod dakwah. Dan jarang pun orang akan keluar walau macamana berapi bayan kalau setakat macam aku ni.

Selalu orang lebih terkesan dengan akhlak, ikram dan taam (hehehe).
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, March 05, 2010

Kenangan IPB


Dulu masa keluar IPB, blog ni tak ada lagi....

Handphone pun tak ada sms lagi....

Tapi masa tu aku ada simpan jurnal harian.... sepanjang-panjang aku keluar IPB, setiap hari aku ada mencoret nota tentang pengalaman aku semasa keluar.....

Ini catatan hari pertama aku:

5 August 2000 (Saturday):
And, so finally I'm here in Markaz Sri Petaling - all my bags are packed for the 4 mths trip to IPB; India, Pakistan, Bangladesh.

6.30pm: Left home - Ina & the kids seem 2b very calm - I am off to Sri Petaling with Hisham's car.

After Isya - was informed to be around after bayan subuh for tafakut.

I met an old friend, Jamalee from Taiping - iktikaf beside him in Sri Petaling


Dah 10 tahun daaa...


Pejam celik, pejam celik... dah 10 tahun aku keluar 4bulan ke IPB...

Menoleh ke belakang, aku tak pernah menyesal keluar 4bulan kerana banyak benda yang aku belajar.. tapi samada aku boleh merumuskan yang aku semakin maju dalam usaha hari ini berbanding 10tahun sudah, aku serahkan kepada Allah swt....

Yang pasti aku tak serik untuk keluar lagi, kerana nikmat keluar jalan Allah swt memang tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.

Cuma sasaran aku nak ubah sepenuhnya kehidupan aku masih belum tercapai. Sampai sekarang aku pun belum istiqamah betul-betul lagi. Walaupun inilah azam aku sebenarnya aku keluar IPB.

Masturat pun tak pernah keluar. Memang betul lah kata orang lama.... Ibarat burung yang molek terbang nya dengan dua kepak....susah kalau kita nak maju dalam usaha tanpa penglibatan isteri kita...

Aku malas lah nak komen pasal benda ni.... Kenapa aku tak keluar masturat? Banyak juga orang tanya aku.... Kau kena ikram ahlia kau, baru la dia nak keluar.....

Secara terus terang, aku memang selalu ajak... tapi paling jauh isteri aku pernah ikut hanyalah ke program taklim... dah banyak kali dia pergi masturat tak pernah lagi lah terbuka hati dia nak keluar masturat secara penuh....

Salah satu asbab nya adalah, dia tak nampak keperluan untuk keluar masturat... Leceh lah nak keluar... nak kena berkurung dalam rumah... panas.... bising.... kau orang lelaki boleh la cakap, kalau boring boleh keluar keluar masjid.....kita orang terperap dalam rumah, mana aci....


Setakat ini rumusan yang dibuat oleh dia...
Kalau aku keluar pun ok,
kalau aku tak keluar lagi ok.....

Entah lah...hidayat ini memang milik Allah....

Aku tak reti nak paksa orang keluar jalan Allah sebab seingatan aku... Aku pun dulu keluar pun memang pantang orang paksa aku.... lagi dipaksa lagi aku buat derkkkkk je....

Aku keluar sebab aku sendiri serah diri..... masa tu kat Markas Aldgate East London.... Aku ingat lagi ... Kalau tak salah aku tahun 1984....Aku tahu ada jemaah student nak keluar selama satu hari, maka aku dengan rela hati pergi sendiri serah diri untuk ikut jemaah tu...

Tapi hidup ini perjuangan kan... Aku tetap akan bersama jemaah tabligh sampai akhir hayat (dengan izin Nya)...

kita tak boleh jadi baik, sekurang-kurang nya kita buat lah supaya Allah kesian dengan kita dan bagi peluang untuk jadi baik.....

Jadi, tak payah nak bersedih-sedih dan bermurung pasal benda yang kita tak boleh nak kawal... Tugas kita berikhtiar, berusaha.... yang buat keputusan, Allah....

Tahun ini aku dah azam nak keluar 40hari.... 1hb Jun 2010. Jadi sahabat-sahabat semua yang berbisik dengan Allah di malam-malam yang sunyi tu, di sebalik linangan airmata tu.... Jangan lah lupa nama saya......

Sunday, February 28, 2010

Jemaah 3hari Surau Saujana Impian Feb 2010

Jemaah saujana impian kali ini berkelana ke Surau Irsyadiah di Loji Air puncak niaga di ulu langat luar.

Khuruj kami kali ini bertepatan dengan sambutan maulud Nabi SAW.

Terasa la sangat betapa main-main nya kami buat usaha agama bila dibandingkan dgn kerja besar yang dibawa oleh Baginda SAW dalam membangunkan umat ke arah kejayaan hakiki.

Aku teringat dengan satu pesanan orang lama semasa keluar kali ini.

"Kalau kita beli kereta baru macamana pun, sedar sedar bila kita bangun esok pagi kalau nak jual pun harga nya dah susut. Tapi amalan agama yang kita buat akan kekal abadi..."



Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, February 17, 2010

Remaja curi 4 telefon milik jemaah tabligh ditahan


Dipetik dari Berita Harian:
Oleh Ahmad Othman
bhnews@bharian.com.my
Original Post: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100217003206/Article/print_html

Suspek masuk surau ketika mangsa menumpang tidur


KOTA TINGGI: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas dia mencuri empat telefon bimbit dan beg duit milik sekumpulan jemaah tabligh yang singgah di sebuah surau di Jalan Taib di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, remaja terbabit masuk surau berkenaan selepas mendapati kumpulan tabligh menumpang tidur sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Polis sedang menyiasat sama ada suspek terbabit dalam kes lain membabitkan barangan persendirian milik orang awam yang dilaporkan hilang ketika bersolat di surau berkenaan," katanya.


Seorang mangsa, Mohd Riduan Aziz, 25, berkata ketika kejadian beliau bersama tujuh rakannya berehat di surau berkenaan dan ada antara mereka sudah tidur.


Katanya, lampu dalam surau itu dipadamkan dan hanya lampu luar menghala ke bilik air terpasang, sebelum tiba-tiba beliau melihat satu lembaga memasuki ruang surau melalui pintu depan.


Tiba-tiba lembaga berkenaan mengambil sebuah telefon bimbit milik rakan saya, diikuti dua lagi telefon bimbit berhampiran rakan lain yang nyenyak tidur di ruang tamu surau.


Bagaimanapun, lembaga itu kemudian berbaring dipercayai berpura-pura tidur sambil memerhatikan keadaan sekeliling untuk mengatur pergerakan seterusnya.


Dia kemudian bangun semula dan mengambil dompet milik rakan, sebelum menuju ke arah saya yang ketika itu berpura-pura tidur, katanya.


Mohd Riduan berkata, remaja berkenaan terus menyelongkar beg miliknya dan menjumpai telefon bimbitnya, sebelum beliau memegang tangan remaja itu sambil menjerit meminta bantuan rakan.


Katanya, hasil pemeriksaan mereka menemui empat telefon bimbit dan sebuah dompet milik rakannya sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Tuesday, February 16, 2010

Fun at the Peak....

Cuaca panas Kuala Lumpur akhirnya membuat aku dan famili melarikan diri ke taman tema Genting yang mencanangkan "keriangan di puncak".....

Ya Allah, kat dunia ni memang boleh nak lari and cilok dari panas kau.... maka kami mohon berlindung dengan belas rahim mu Ya Allah dari kepanasan abadi di Yaumul Akhirat......

Kat Genting memang cuaca sejuk.... bila dah malam bertambah sejuk...... seronok la aku and anak beranak leka main roller coaster sampai ke malam....

Keriangan di Puncak tak bermakna keseronokan di dompet nya.... sini semua barang mahal tapi atas nama jarang jarang datang semua itu di ketepikan buat seketika......hehehehe....

Taman Tema nya terbahagi dua.... Taman Tema Luar dan Taman Tema Dalaman....Disebabkan kami tak plan betul betul, maka pergi tuju Taman Dalaman dulu yang lebih sesuai untuk budak- budak......Yang berbaloi cuma Snow World yang boleh dimasuki dengan bayar tiket asing....Sayang tak ada gambar yang ada di Snow World sebab cuma gambar dari jurufoto berbayar saja dibenarkan.....

Dan masa yang ada memang tak cukup untuk pergi semua...nak beratur lagi....jadi lebih banyak tarikan yang berbaloi di Taman Luar... ada Space Shot, Cockscrew, Rejang Plume Ride dll.....

Bila dah sejuk, semua orang pakai jaket.....kalau tak pakai jaket tengok pelik pulak..... kalau masuk ke dalam snow world memang lagi wajib pakai jaket.....

Memang betul la kata orang alim.......

Bila Allah buat keputusan hidayat....ia akan datang macam mana cuaca sejuk datang, tak ada siapa dapat halang....yang tak suka pakai jaket pun akan akur dan pakai jugak......

Itu sebab semasa fatah Mekah... semua orang tanya Hindun, isteri Abu Sufian, kenapa masuk Islam? Hindun jawab, "Aku tak masuk Islam, Islam masuk ke dalam aku."

Saturday, February 06, 2010

Dunia sangat penting

Aku yang jahil ni memang tak reti apa-apa...

Bila dah semangat, habis di cop apa saja yang di dunia ni memang tak ada nilai.

Sebenarnya aku silap...

Dunia tu SANGAT penting...

Macamana ek??

Aku dengar satu bayan yang akhirnya merungkaikan kepentingan dunia.

Kalau kau nak tahu sebabnya dunia ni sangat penting .....
sebabnya adalah.....
....hanya amalan di dunia sahaja yang ada nilai...

Di dunia, menangis walau satu titik airmata mampu padamkan selautan api neraka...

Nanti bila kita di akhirat, menangis la satu lautan, waima sampai terkeluar biji matapun tak dapat nak beri apa-apa kesan...

Jadi sheikh... Dunia is the very very important you know!

Saya rehatkan kes saya...
I rest my case...

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, January 24, 2010

Hanya inilah jalan nya....

Semalam lepas isya, jemaah kami berbual-bual dengan karkun tempatan.

Di antaranya adalah cikgu idris yang terkenal dengan usaha masturat nya.

Dia berkongsi cerita tentang Saidina Umar r.a. yg berkata kepada sahabat-sahabat nya selepas banyaknya harta ghanimah yang melimpah-limpah datang ke kota Madinah terutamanya selepas jatuhnya Rom & Parsi.

Saidina Umar r.a. berkata lebihkurang maksudnya hanya dengan jalan iman & taqwa lah semua harta ini di bawah tapak kaki kita sekarang.

Sekiranya kita ingin mengalahkan mereka dengan cara yg sama mereka buat, 500 tahun lagipun belum tentu kita dapat kalahkan mereka.

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, January 23, 2010

Masjid al Ehsan, Kg Sg Serai Hulu Langat

Hulu Langat menjadi destinasi jemaah 3hari Surau Saujana Impian bagi bulan Januari 2010.

Cabaran nak keluar sentiasa ada.

Walau rasa susah atau senang setiap kali kita keluar, yang pastinya semua ini hanya berlaku bila bertepatan dengan kehendakNya.

Ya Allah, sesungguhnya Kau sedikit pun TIDAK perlu kepada kami untuk bangunkan ugama Mu.

Ya Allah, kami yang hina dina inilah yang mengharap rahmat Mu agar dipilih untuk jadi asbab untuk sebarkan ugama Mu.

Hati ini rindu untuk keluar untuk masa yang lama dan ke tempat yang jauh.

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, January 22, 2010

Maulana Syamim

Wah wah...

Semua bloggers masih aktif di dunia siber tapi aku sudah agak men"slack"kan diri.

Apa nak buat. Banyak kerja kerja dunia yang menggamit. Walaupun hati ada mengarang-ngarang entri tapi tidak kesampaian.

Isnin sudah aku ke Masjid SP mendengar bayan Maulana shamim. Masih power bayan nya seperti biasa. Yang masih tak power pengorbanan aku untuk kerja agama.

Banyak yang disampaikan tapi yang nampak nya lekat dalam kepala otak aku. "Jangan buat usaha dakwah sekadar untuk dapat pahala tapi buat usaha dakwah kerana ia adalah maksud hidup".

Lagi satu yang aku ingat adalah "Karkun Malaysia ni banyak slack sebab banyak dengar cakap isteri"

Adoi adoi... Rasa macam kena kat aku .... Maulana ni memang kasyaf la...



Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, January 12, 2010

Paka Iradah

Jhor Kawasan Kajang telah berlangsung pada maghrib hari ahad 10 Januari 2009 di Surau Sg Jeluk....

Yang bagi bayan adalah Ustaz Lokman dari Darul Huffaz Kajang Prima....

Ramai juga yang datang, sekitar 50 orang dari seluruh kawasan halqah kajang....

Banyak yang bagi niat....termasuk aku yang hina dina ini untuk 40hari 1 Jun 2010....

Kena banyak doa dan tawajuh....

P/S Dr Shafie siap peluk & cium aku bila jumpa (aku rasa memang la petanda aku teramat slack selama ini)

Tuesday, January 05, 2010

Fitnah kepada Saiyidina Umar r.a.?

Hari ghast haritu aku diputus bagi bayan. Ini pun dah lama aku tak buat.

Aku bab bayan ni bukan la reti sangat. Aku punya approach cuma satu je. Cakap apa yang kita dah selalu cakap dalam lingkungan 6 points.

Aku tak berapa suka cakap benda yg tinggi-tinggi. Habis-habis aku bercakap pasal kisah sahabat dan tamsilan yang mudah-mudah je.

Aku jarang akan sebut ayat quran melainkan yang lazim aku dengar.

Yela aku ni bukan nya ustaz dan memang setakat yang aku faham selama ni, kalau kita tak lari dari 6points kira dah memadai la.

Tapi dalam aku hati-hati memilih inti bayan aku, rupa-rupanya ada jugak elemen yg dianggap kontroversi.

Aku ceritakan kisah Saiyidina Umar yang setakat yang aku tahu sebelum memeluk islam pernah melakukan beberapa perkara yg dilarang agama.

Di antaranya yang aku sebut adalah perihal Saiyidina Umar pernah bunuh anak-anak perempuan nya hidup-hidup.

Lepas bayan ada seorang hamba allah tegur aku bila aku approach salah sorang one-on-one.

Dia tanya, "Tuan ni Ustaz?"

Aku jawab, "Taklah.. Saya orang biasa je"

Nak pendekkan cerita... Dia kabor ada rujukan ke bila cite pasal Saiyidina Umar tu sebab ada orang kat itu adalah fitnah.

Aku cakap aku tak ingat la secara spesifik dari mana tapi aku rasa dah biasa dengar la.

Lagipun benda tu berlaku masa dia bukan Islam lagi.

Aaah. Aku tak kisah la. Bila aku tanya sahabat aku Hisham..kisah tu memang ada dalam hayatus Sahabah.

Macam-macam hal la manusia ni kan. Benda-benda macam tu pun nak buat pening kepala.

Dakwah jela lagi dan lagi. Dok gitu...


Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, January 04, 2010

Daei at work

Semalam hari ziarah umumi kat Surau aku (Surau Saujana Impian)...

Dalam kami meronda dari rumah ke rumah... Tetiba hujan pun turun... Maka berpayunglah kami..

Usaha ziarah sudah agak lumrah di tempat aku ni. Rata-rata yang kami datangi sudah biasa dengan kehadiran jemaah.

Kalau aku tak buat ziarah(ghast) ni maknanya memang aku saja nak men"slack"kan diri aku.

Tapi walau apa-apapun, ziarah umumi ni memang amalan yang ter"berat" dalam banyak-banyak aktiviti jemaah yang lebih dikenali sebagai jemaah tabligh ni.

Bukan senang beb...nak ketuk pintu rumah orang. Nak cerita, "Tuan, kejayaan kita semua dalam Agama".

Dah bertahun-tahun buat pun, syaitan sentiasa akan bisik balik, "Bagi orang lain la buat"....

Dari pengalaman aku dah banyak cara aku nampak kita boleh slack kan diri:-
(1) Terus tak datang ghast
(2) Datang tapi adjust masa sampai elok-elok jemaah dah keluar ghast
(3) Datang tapi tengok korum tak cukup, terus ajak amir sahb pergi qususi je la...
(4) Keluar ghast tapi tak jumpa sape sape pun, ronda-ronda keliling kampung sambil zikir...

Apa yang aku nak cakap sini adalah, umumi ghast ni nampak senang tapi memang kena ada elemen tebal muka la.. Itu sebab kena muzakarah adab ghast.. Aku rasa kalau tak buat adab ghast ni dah lama kita cabut lari..

Bila dengar, "Sepagi atau sepetang lebih baik dari dunia dan segala isi kandungan nya"...lega sikit rasanya..

Bila dengar, "Debu-debu yang melekat pada tubuh badan orang yg di jalan Allah maka akan diharamkan hatta dari asap api neraka sekalipun"... Maka kalau hujan pun, kedengaran sayup-sayup suara semangat, "Air hujan kan makhluk je kan"...

Apa-apapun, aku nak kongsi cerita...

"Satu jemaah sedang berjalan di waktu pagi, lalu hujan lebat turun dan mereka berteduh di dalam sebuah masjid.

Sedang mereka berehat kelihatan di luar masjid ramai umat manusia sedang kesibukan pergi ke tempat kerja masing-masing dalam keadaan hujan yg semakin lebat.

Lalu amir jemaah sambil menghela nafas pun berkata, "Memanglah orang kat luar sana lah yang nak bekerja, kita ni masih sempat berehat lagi."


Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, January 02, 2010

Bila Allah tak izin....


Aku bersemangat nak pergi solat zuhur tengahari tadi....

Sikit punya beriya-iya..sehingga aku datang setengah jam lebih awal....nak ambik fadhilat menunggu waktu.....

Tetiba bila azan berkumandang.....perut aku terus memulas-mulas.....tak ada lain la tu ... En Jam minta datang ke ofis sekarang jugak....

Dalam pejabat En Jam, aku terdengar takbir demi takbir dialunkan Imam Zabidi melalui speaker, sabar je la....kalau dilayan bebelan En Jam memang tak sudah sudah punya... di pulas pulas perut aku... memang tersiksa dengan deraan dia.....

Akhirnya dapat gak masbuk.......dah masuk rakaat ketiga.....

Apakan daya.....macamana semangat pun kita, tapi kalau Allah tak izin, kita tak dapat buat....Hanya hati je la dapat menangis mengenangkan nasib badan.....

Itu sebab la kita dengar cerita para Sahabat berkabung kalau masbuk atau terlepas jemaah.....

Hakikatnya jangan angkuh bila dapat beramal sebab semuanya asbab taufik dan hidayah dari Allah semata-mata...