Senarai ringkas ahli jemaah:
- Dr Zulkarnain-Amir
- Hisham Jabir
- Ariff Hanifa (bersama anaknya Abu bakar)
- Ahmad Al-Hadi
- Hj Kamarudin
- Izzudin Hj kamarudin
- Anas (kali pertama)
- ASP Ridzuan
- Hj Lazim
- Ust Jabar
- Razak
- Mohd Noor
- Sudin
- Shahari
Kami berbual lah sedikit sebanyak dengan mereka berdua di rumah sewa mereka ini sambil bercerita agama sekadar yang termampu - 2 bulan yg sudah bila kami keluar di masjid ini, kami dah berkenalan dgn bro bdeshi yg kahwin dgn malysian tu & dia ada beri azam utk keluar - jadi ni kira usuli tashkil le... Dia masih ada azam tapi cuma sibuk dgn urusan keluarga, tambahan pula, anak masih kecil. Kami beri fikir sikit utk kuatkan lagi azamnya dan minta beredar...
Pada petang harinya, aku, asp ridwan & izzudin b hj kamarudin di hantar utk buat gash di surau tmn desa kerana di situ ada keperluan utk tashkil ramai bro pakistan (di dengkil ni memang ramai pekerja asing spt dari bangladesh, pakistan, myanmar, nepal dsbnya lantaran banyak nya projek pembangunan sekitar putrajaya/cyberjaya yg melimpahkan kemakmuran dgn izin Allah swt jua ke dengkil ini - lebihkurang 15tahun dulu sebelum ujudnya putrajaya & projek MSC, KLIA dsbnya, dengkil ini dikira sekadar jalan laluan ke banting atau morib sahaja. Tapi dgn kuasa Allah swt, bila saja dibuat keputusan utk projek2 tadi, dengkil telah bertukar wajah...).
Surau Tmn Desa adalah surau tempatan sdr shahnahar yg merupakan salah seorang ajk nya. Shahnahar adalah kenalan baru sejak kami bertandang ke mjd dengkil ini dan dia menyediakan dirinya menjadi rahaba. Shahnahar juga bekerja di Projek KLCC sdn bhd bersama zamzuri, setiausaha surau saujana impian. Hj Rashid (karkun tempatan & bertugas di mas sbg chief steward juga turut serta) - malam itu aku bayan, tapi rasanya tak ramai org pakistan yg hadir walaupun masa gash dilapurkan ramai yg dijumpai. Lepas isya, kami minum sebentar di kedai mamak dan balik ke mesjid.
Ahad-16 April : Hari ini Dr zul balik sekejap kerana ada gotong royong dan aku ditugaskan jadi zumindar sementara - Taalim pukul 11pagi dan sebelum itu pada pukul 10pagi semua ditugaskan utk keluar gash - Aku pergi dgn razak, pergi melewati kawasan quarters jkr yg terletak di jalan menghala ke jenderam dekat dgn pasar dengkil. Di rumah no 2 kami berjumpa dgn yusnan - pada mulanya dia agak keberatan nak berjumpa mungkin kerana keluarganya baru terjaga dari tidur dan belum bersedia menerima tetamu. Namun, setelah dipujuk oleh razak, dia telah bersedia tapi kami berbual di luar rumah sahaja.
Yusnan berasal dari kelantan dan kini bertugas sebagai chef di hotel Marriot IOI - isterinya bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan (bukan jkr - tapi ditempatkan di kuarters jkr berdasarkan kekosongan yg ada) - Yusnan sudah pernah keluar 40h selepas peperiksaan SPM tapi sudah lama tidak melibatkan diri dgn jemaah. Namun cinta pada usaha dakwah masih ada. Jadi pertemuan ini kami gunakan untuk menghangatkan semangat nya semula. Keakraban yg lahir nampak jelas bilamana kami meminta diri utk kembali ke masjid, yusnan telah menghadiahkan beberapa jenis sayuran dari "kebun" nya spt bendi, terung, cili & kacang pjg. Kami tidak lupa mengingatkan nya utk membuat hubungan dgn masjid dengkil.
Sebaik pulang ke masjid, aku telah beri lapuran mengenai yusnan kepada sdr abdul wahab (karkun tempatan) - abdul wahab terus pula mengajak aku bertemu pula seorang rakan nya bernama kamil. Kamil bekerja di peremba construction - bekas rakan sekerja wahab yg kini bekerja di nam fatt. Kamil seorang yg minat kepada perkara berkait keagamaan dan kami telah berdiskusi di rumah nya sehingga sekitar 1tengahari.
Banyak persoalan yg dibentangkan nya seperti perlu nya ada ilmu sebelum berupaya menjalankan kerja dakwah dgn berkesan - Dia menceritakan mengenai sanak saudara sebelah isterinya yg ada berketerunan cina kristian dan terlibat dgn misionari kristian. Dia merasakan kita perlu melengkapkan diri dgn hujah yg kukuh bagi menangkis dakyah2 merak ini.
Aku menerangkan kpd dia bahawa agama ini menuntut pengorbanan, dan keberkesanan dakwah akan jadi lebih jitu dgn peningkatan dalam pengorbanan - Hujah & pidato yg hebat2 tiada upaya memberi kesan tanpa izin Allah swt. Kita berdakwah pertamanya untuk membina sifat mulia dalam diri kita sendiri. [Ini modal utama kita, yakni diri kita sendiri - tiada guna orang jadi baik hasil usaha kita tapi diri kita sendiri terabai]
Kamil memang tertarik dgn diskusi ini hingga perbincangan kami berlarutan menjelang waktu zohor - Kami terpaksa meminta diri sambil memperingatkan sesama kami untuk teru berdoa kpd Allah swt semoga kita diberi kefahaman agama dan dipilih untuk kerja dakwah yg mulia ini.
Malam itu kami sejemaah telah diberi bayan wapsi oleh sdr ishak dari dengkil dan kami tangguh ke tempat kami masing-masing.
No comments:
Post a Comment