Friday, March 31, 2006

Karkuzari - Germany - Jemaah 4bulan Negara Jauh - by Hisham Jabir

From Hisham Jabir
Sent Tuesday, August 3, 2004 11:55 pm
To alhadi64@tm.net.my

Ditulis pada 3hb Ogos, 2004.

Assalamuälaykum warahmatullahi wabarakatuh,

"Unserer erfog ligt in deen. Bifolgen die befehle vont Allah Taäla method vont Rasulullah sallalaahu alayhi
wasallam."

Kehadapan syura dan rakan-rakan seusaha semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taäla.

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di Germany pada 21hb Julai, 2004. Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memudahkan urusan kemasukan kami tanpa apa-apa halangan dan kerumitan. Kesemua kami telah diberikan visa selama 3 bulan. Pegawai kastam malah secara berjenaka telah bertanya kami, "Any weapon to declare?"

Alhamdulillah kesemua kami bereda dalam keadaan sihat wal'afiat. Kami telah disambut oleh 3 orang pelajar Malaysia (Mohd Iznan, Azizul dan Yunus) serta seorang rakan seusaha Germany, Tauseef Ahmad, berketurunan Pakistan. Kami terus dibawa ke Pak Muhammadi Masjid, Offenbach Str. 212, Frankfurt iaitu masjid transit bagi jemaah-jemaah yang datang ke Germany melalui Frankfurt Airport.

Kami ingin mencadangkan kepada syura agar jemaah-jemaah yang akan dihantar ke Germany pada masa akan datang supaya masuk terus melalui Frankfurt supaya dapat berhubung terus dengan orang tanggungjawab Germany dan memudahkan mereka untuk mengatur dan mesywarahkan route serta ehwal jemaah terlebih awal.

Di Germany terdapat 4 orang faisalah/syura:
  1. Sheikh Abdul Rahman dari Frankfurt berketurunan Arab Iraq, tanggungjawab kawasan Tengah (Tel:0617233054);
  2. Mustafa Miral dari Köln (Cologne) berketurunanTurki, tanggungjawab kawasan Utara;
  3. Shamsul Haq berketurunan Pakistan, tanggungjawab kawasan Selatan (Tel: 017622073988), dan
  4. Afzal Qureshi dari Hanover berketurunan Pakistan (Tel: 05116041996), tenggungjawab lain-lain kawasan.

Walaupun Germany masih tidak mempunyai markaz tetapi mempunyai masjid transit dan kerja agama sangat teratur. Orang-orang tanggungjawab seluruh Germanybermesywarah 3 bulan sekali di tempat yang akan mereka tentukan. Kami diberitahu oleh Sheikh Abdul Rahman bahwa Hadratji (rahmatullah alayh) pernah berkata bahawa jika usaha di Germany maju, maka ianya akan menjadi penggerak kepada usaha agama di seluruh Eropah Timur, seperti Poland, Ukraine, Russia, Albania, Bosnia, Kosovo, Czech, Romania dan lain-lain.

Di Masjid Pak Muhammadi, route kami telah dimesywarahkan oleh Sheikh Abdul Rahman berserta orang-orang tanggungjawab di sini.

Route-route yang diputuskan adalah seperti berikut:
  1. Frankfurt
  2. Karlsruhe
  3. Stuttgart
  4. Reutlingen
  5. Sigmaningen (Albstadt)
  6. Zurich
  7. Ulm
  8. Augsburg
  9. Munchen (Munich)
  10. Regensburg
  11. Nurnberg\Erlungen
  12. Fulda
  13. Erfurt (pintu masuk ke timur German dari selatan)
  14. Bochum (di Bochum, kami perlu mesywarahkan lagi
Route-route seterusnya mengikut takaza dan baki masa kami di German sebelum bertolak ke Holland).[Sewaktu lapuran ini ditulis, kami sedang berada di masjid ke enam di Reutlingen].

Di Frankfurt, sewaktu hari pertama kami buat umumi ghast, kami telah berjumpa seorang Turki dan beliau memberitahu bahawa "Aku juga mahu menjadi seperti kamu. Hari-hari aku doa pada Allah supaya Allah berikan aku kekuatan iman pada ku dan dapat berhenti minum arak , tinggal larangan Allah dan ikut perintah Allah." Beliau sungguh-sungguh minta kami doakan agar Allah beri hidayat pada beliau.

Di Germany terdapat lebih kurang 3 juta orang keturunan Turki dari 11 juta orang Islam secara keseluruhannya. Walaupun rata-rata mereka jauh dariagama, tetapi mereka umpama singa yang sedang tidur. Jika mereka membawa usaha agama dalam kehidupan mereka, pasti agama akan berkembang pesat di seluruh Germany dan Eropah. Sifat-sifat perjuangan agama dan akhlaq yang terpuji jelas terbayang daripada
rakan-rakan usaha berketurunan Turki di sini.

Di Langen dekat Frankfurt, kami telah menziarahi seorang lelaki Melayu berumur 57 tahun, yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau mengembara meninggalkan tanahair pada tahun 1968. Beliau telah berkahwin dengan wanita Poland dan kini mempunyai 2 anak perempuan. Beliau sendiri memberitahu bahawa keluarganya langsung tidak kenal agama apatah lagi mengamalkan agama. Kami telah tasykil beliau ke masjid bersama kami dan di situ lah beliau telah mula bersolat semula setelah 36 tahun menetap di Germany.Kami telah ikram beliau, makan malam bersama-sama dan menghadiahkan beliau ole-ole dari Malaysia. Kami telah beri tanggungjawab kepada Ashraf Qureshi, karkun tempatan, untuk buat usaha seterusnya.

Di Masjid An-Nur, Waldstadt, Karlsruhe, rata-rata adalah rakan-rakan seusaha dari kalangan pelajar-pelajar berketurunan Arab yang hanya
berpengalaman 3 hari tetapi mempunyai jazbah yang tinggi dalam usaha agama. Mereka hanya mengenali usaha agama 4 atau 5 bulan yang lalu di satu Ijtima' di France. Tetapi mereka telah nusrah kami dan mengatur kerja dengan dengan baik sekali. Kami telah silih berganti di bawa oleh mereka untuk khususi penduduk Islam sekitar Karlsruhe. Ada jemaah yang dibentuk ke setiap kedai orang Islam sekitar bandar.

Kami menunggu di kedai-kedai tersebut dan berjumpa dengan orang-orang Islam yang mengunjunginya. Ada jemaah yang dibentuk ke pusat
penempatan suaka politik (political asylum) dari seluruh dunia. Kami kumpulkan orang-orang Islam dari berbagai-bagai negara seperti Bosnia, Croatia, Trinidad & Tobago, Kurdish, Iraq, Palestine, Afghanistan dll. di sana selama dua hari berturut-turut. Keadaan agama mereka amat menyedihkan, malah mereka tidak mengetahui arah kiblat, apa lagi untuk bersolat. Alhamdulillah, kami dapat beri fikir agama kepada mereka.
Selepas bayan, kami semua berdoa dan ramailah yang menghamburkan airmata.

Di Masjid Bangladesh (Bangladesh Islamisches Zentrum) di Stuttgart, alhamdulillah, kami dapat membantu kerja-kerja untuk mengeluarkan jemaah dari jorr yang telah dimesywarahkan sebelum ini oleh orang-orang tanggungjawab Germany. Dari jorr ini, alhamdulillah, 2 jemaah 40 hari telah di keluarkan, yang mana 4 orang daripada mereka terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia. Jelas di sini kami dapati usaha yang sangat baik dikalangan pelajar-pelajar Malaysia yang mana mereka juga menjadi penggerak kepada usaha agama di Germany dan mereka sangat disenangi oleh penduduk -penduduk tempatan.

Kami ingin menekankan di sini bahawa usaha agama atas pelajar-pelajar yang sedang membuat persiapan untuk belajar di Germany, seperti di German Malaysia Institute (GMI) dan Sek. 17, Shah Alam, adalah tersangat penting dan perlu dibentangkan dalam mesywarah Kuala Lumpur sebagai satu takaza yang sangat penting. Kami dimaklumkan bahawa pada awal Ogos, 50 orang pelajar dari Malaysia akan berangkat ke Germany menyambung pelajaran mereka.

Setakat ini saja lapuran kami untuk kali ini. Semoga Allah Ta'ala memudahkan kerja yang amat mulia dan besar ini bagi kami. Semoga Allah Ta'ala jadikan perjalanan kami ini sebagai asbab hidayat seluruh alam.

Wassalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh:
  1. Hj. Kamaruddin bin Yaacob (Amir Jemaah)
  2. Hj. Razali bin Ali Hadar
  3. Hj. Ya'akub bin Ab. Kadir
  4. Hj. Hj. Mohammad bin Hassan
  5. Hj. Che Abdullah bin Che Musa
  6. Hj. Hisham bin Jabir

No comments: