Gambar Hiasan: by G. Paul Burnett/The New York Times |
Dalam kisah ini, setelah mendapat nama mereka-mereka yg dirasakan penganut islam, beberapa jemaah telah dibentuk - Satu jemaah terdiri dari 3 org; kasim, karim & kadir telah ditugaskan melawat jaafar (semua nama2 ini bukan nama sebenar). Setibanya jemaah ini ke rumah jaafar, mereka telah memberi salam - salam mereka dijawab dan seorang lelaki berwajah arab telah menyambut mereka dan keadaan seolah-seolah beliau sedang bersiap-siap untuk keluar.
"Siapa kamu", tanya Jaafar. "Kami datang dari pakistan dan kini sedang berada di bandar tuan. Kami berminat untuk menziarahi sdr islam kami di sini hanya semata-mata kerana Allah swt!", jawab salah seorang dari ahli jemaah. "Maaf, saya sibuk. Malahan saya sedang bersiap-siap untuk keluar" Jaafar mencelah. "Tapi, kami hanya beberapa minit masa tuan. Kami datang dari jauh. Kami harap tuan dapat beri masa mendengar penerangan kami" kasim cuba memujuk jaafar.
"Baiklah, mungkin sekadar 5 minit, silakan masuk".
Jemaah telah mengambil peluang ini untuk menerangkan bahawa maksud mereka datang adalah untuk menghubungkan silaturahim dengan saudara-saudara islam di bandar itu. Di samping itu juga tujuan jemaah juga bagi bertukar-tukar fikiran disamping dapat memberi peringatan tentang kehidupan dunia kita yang sementara. Bagaimana kita semua akan menemui maut. Kematian itu pasti. Namun bagaimana disebalik kesibukan hidup, kita dapat membuat bekalan untuk bekalan akhirat. Amir jemaah lalu meminta diri menjelang berakhirnya tempoh 5 minit tersebut.
Namun Jaafar meminta mereka meneruskan bicara. "Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata begini", ujarnya.
Maka, jemaah telah mengambil peluang untuk menerangkan tentang kehebatan Allah swt, kepentingan amal, pahala, keseronokan syurga, & bahaya neraka. Jaafar tiba-tiba menangis teresak-esak.
"Sebenarnya, kami keluarga yg berasal dari timur tengah - datukku telah berhijrah ke negara ini membawa ayah aku & adik-beradiknya. Aku dari golongan generasi yg kedua. Kami memang berugama Islam tapi malang, kami tidak mengamalkannya dengan sungguh-sungguh. Bila meningkat dewasa, aku telah menikahi gadis kristian, namun aku tetap dgn keislamanku. Isteriku tegas mengajak ku masuk ke dalam agamanya, namun aku tegar mempertahankan keimanankun. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Ajakannya berterusan. Hingga menjadi leteran yg berpanjangan. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku telah membuat keputusan malam tadi utk keluar islam. Sebentar tadi saya sedang bergegas untuk memenuhi temujanji saya dengan seorang paderi di pinggir kota untuk urusan saya masuk kristian. Hari ini, tuan-tuan telah menyelamatkan akidah saya"
Jaafar telah membuat keputusan untuk memberi masa bersama-sama jemaah. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku seterusnya tentang jaafar & hubungan dengan isterinya, namun yang jelas jaafar telah bertekad untuk mempertahankan iman dan melakukan sesuatu utk mengukuhkan nya.
Takaza & tuntutan untuk kita untuk menjalankan dakwah ke serata dunia sebenarnya amat mendesak. Episod sebegini hanya sekelumit cerita happy-ending utnuk halwa telinga. Bagaimana yg lain-lain. Ulama ada mengingatkan bahawa seluruh umat bertanggungjawab kepada setiap individu umat, sekiranya satu orang mati di hujung dunia tanpa iman, seluruh umat bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Dan setiap individu umat bertanggungjawab ke atas seluruh umat - Jika seluruh umat mati tanpa iman, seorang yang ada iman akan dipertanggungjawab atas kelalaian nya tidak menyampaikan yg hak kepada seluruh umat.
No comments:
Post a Comment