(Muaz sibuk memasak bbq dibantu oleh bibik Ayah)
(kuah gravy bisto yang gelap tu (banyak yg puji...hehehe))
(Keluarga belah wife menjamu selera)
(Rahman menengok kakyong memotong kek bersama-sama dua maulana; lutfi & umar)
Walau apa-apa pun, sebaik selepas subuh sabtu 7 nov, aku & wife telah mula bertungkus lumus. Bermula dgn menyediakan salad dan bahan-bahan untuk sup. pukul 8 pagi, terus ke pasar ambil ayam 10 ekor (belah 10), beserta udang(3kg) & sotong(3kg). Ayah pun dah menunggu di pasar dan dia telah cover belanja ayam dll tadi (lega sikit beb).
Kemudian terus aku hantar wife balik umah sementara aku pergi tesco untuk beli daging. Dapat beli lambchop je semua sebab beef nampaknya tak ada yang menarik perhatian.
Pukul 9 pagi, mula bakar bara untuk bbq. Kali ini pakai 3 dapur sekali. Muaz, Kakyong & Aida semua membantu bersama bibik Ayah yang dipinjamkan pada hari itu. Persiapan berjalan lancar je kerana menjelang tengahari, semua ayam, daging, udang & sotong telah siap di bakar.
Tetamu mula datang pada pukul 12tengahari. Azul telah menyumbang dua kek dari Secret Recipe..... sedaaaappp tapi macam cair sikit la.....
Menu yg di hidangkan secara ringkas nya adalah seperti berikut:
- Bbq: Ayam (10 ekor), Udang(3kg), Sotong(3kg), lambchop (40 slices), hotdogs
- Kuah Bbq: Blackpepper mushroom gravy, Sos Cili merah (Ala ala nasi ayam)
- Salad: timun, sengkuang, karot, kobis, lada benggala hijau
- Nasi putih pun ada buat gak (habis gak coz ada yang tekak nak nasi jugak kan...)
- Sup Ayam, dimakan dengan mi kuning &/atau kuetiaw
- Bubur kacang hijau
- Kek secret recipe
Keluarga belah wife ramai yang datang; Azul, Azie, Kaklang, Dedek, Alang, Emin & anak-anak, Kaklong Chela & Anak, Kak Anny, Dida, Ijal, Farah, Jep, Cik Noi, Cikgu Daud & Anak-anak, Siti & Anak-anak.
Sebelah aku yang datang Angah & Family, Atah & Family, Abah & Mak pun datang jugak.....
Menjelang pukul 530ptg dah setel sume...aku pun bole ngemas....menjelang magrib sume dah kemas.....
Secara keseluruhan, satu acara yang meriah dan dengan izin Allah swt jua....dijalankan dengan penuh kerjasama satu family aku.... Makanan pun semua cukup untuk tetamu lebih kurang 100 orang... Bajet kesemuanya dalam RM600...
Ramai yang tetamu itupun kawan kawan kakyong dari Unikl-MFI lebih kurang 30 orang semuanya. Kawan-kawan Muaz ada dalam 10 orang. Kawan-kawan Aida dlm 5 orang. Jiran yang datang cuma Jamil & keluarga dari sebelah rumah.
Memang rasa puas hati sebab dapat cuba buat kuah gravy untuk steak & lambchop.....blackpepper mushroom gravy..... Resepi nya simple je:
- Panaskan olive oil
- Tumis blackpepper, sesudah garing sikit masukkan bisto yang dicampur air (nb. bisto ni boleh didapati dari tesco)
- campurkan cendawan butang yang dah dipotong kecil kecil.
- Kemudian bole la campur gula(or madu) garam secukup rasa
- Panaskan atas api perlahan (untuk elak hangit...nanti kuah pahit) sehingga kuah jadi pekat.
No comments:
Post a Comment