Monday, November 23, 2009

Sirih Pulang ke Gagang II

Jenuh aku nak cari Surau ni.... terasa macam Allah nak sesat kan aku ke.... dah 2 kali pusing tempat tu tapi tak jumpa jumpa.... Hidayat o Hidayat...

Para Jemaah menikmati minuman petang.... memang bes makan dalam talam ni.... tak lapa pun jadi lapa.... tak sedap pun jadi sedap ....

Umumi Ghast hari pertama...

Zumidar Ghast.....

Aku khidmat taam hari kedua...masak gulai beriani ayam....

Baru selesai masak dan hidangkan jemaah makan....

Aku dah lama tak keluar.....

Itulah....aku ada teringat satu bayan yang cakap;

"Bila Allah swt kasih pada satu orang hamba Nya, maka dia akan pilih hamba Nya itu untuk buat kerja Agama Nya....
Tapi bila Allah swt benci pada hamba Nya, maka dia akan sibukkan hamba Nya tu dengan dunia sehingga tidak ada masa untuk buat kerja Agama Nya"

Aku dah rancang lama nak keluar balik tapi itulah kan.... Kita kena banyak doa supaya Allah swt pilih kita itu yang sebenar nya....

Jadi, Surau Nurul Aman, Taman Damai Jaya Bt10 Cheras menjadi saksi kepada kepulangan Alhadi ke medan tabligh.... semoga istiqamah adanya....

Tapi tak adalah aku keluar penuh 3hari tapi sekadar Sabtu & Ahad je...

Masa hari ahad tu aku dapat tugas memasak, partner dgn dr zul.... Aku biasala nak jugak buat nasi beriani & lauk beriani ayam (ingat nak buat daging tapi malas lak nak tunggu daging lembut).

Kalu tengok gambar kat atas tu bole la nampak masakan yang aku buat tu... Tapi yang saspen nya masa masak nasi beriani....

Bukan nya apa.... periuk nasi nya kecik tapi jemaah lebihkurang 15orang... aku pun rembat masak banyak sikit.... aku pakai sukatan mangkuk sup yang sederhana besar sebanyak 3 1/2...

Air pun aku tambah lebih sikit dlm 4 mangkuk sebab aku tak pakai beras basmati, beras biasa je....bajet hehehe.....

Bila periuk letrik tu terpadam.... nasi mentah agi...... panik seketika aku..... aku pun berdetik dalam hati.... Dugaan keluar ni,..... Jangan ingat yang masakkan masakan tu kita..... ALLAH yg masakkan....

Aku pun berzikir sikit...minta doa dengan Allah..... Aku dapat idea.... Aku ambik kertas kecik, aku sumbat kat penekan suis letrik tu... Aku paksakan dia masak... dalam 5 minit aku buat mcam tu... sampai berbau skit macam nak hangit... Aku berhentikan.... Alhamdulillah, nasi masak.... kerja beres.... hehehehe..... Allah Maha Kuasa, Makhluk memang tak berkuasa langsung.....

Seronok tengok jemaah makan.... Sampai dekat nak habis sekali hadap..... hahahahhaa

Malam aku dengan Dr Zul beli mi sup bungkus untuk top-up sikit....



Sunday, November 22, 2009

Dory fish fillet with lemon sauce

Hari sabtu semalam aku dapat try jugak resepi yang aku jumpa di jommainmasakmasak.blogspot.com.

Cuma aku tak guna serbuk paprika sebab tak tahu apa dia.

Aku guna serbuk cili yg merah tu je. Kira ok la kot.

Cuma terlebih garam skit aku perap pada ikan tu.

Tak apa la cari experience kan.

Ingatkan ikan dory tu besar la sgt rupa nya ais dia je yg lebih. Bila dh cair, kecik je. Hehehe.

Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, November 20, 2009

Ikan Patin Masak Tempoyak

Wife saya masak ikan patin semalam yang diberi oleh abang sepupunya yang ditangkap segar-segar.

Cumanya masakan yang dibuat tidak berapa pedas bagi memenuhi keperluan ayahanda nya yang tak kuat makan pedas. Tak macam saya, hehehehe.

Hasilnya memang sedap cuma saya membayangkan kesedapan yang berganda sekiranya ianya dimasak pedas berapi.

Masakan nya agak mudah dibuat ala ala sambal tumis tapi letak tempoyak ganti asam.

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, November 15, 2009

Kima

Kima sedang masak.....

Kima dihidang dengan nasi minyak....aku masak sikit jugak nasi minyak sebab rempah beriani ada lagi.....


aku bakar ikan bakar siakap juga sebab arang ada balance lagi, dah alang alang tu bakar ka sikit sotong gak and chicken wing.

Hari ini teringin pulak nak buat kima atau kari daging cincang.

Resepi nya lebih kurang macam buat beriani kambing tapi ganti daging cincang.

Disamping tu aku letak kacang pis, carot n jagung yg dah siap bungkus. Kentang aku potong dadu sebab ada balance lagi.

Hasil nya ok. Kakyong puji. Hehehe.

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, November 14, 2009

Nasi Beriani dan Beriani Kambing (Bajet)

Sekarang kita kira pulak bajet untuk menyediakan hidangan kita tadi:


Beriani kambing:
- kambing australia shoulder (5 slice) – RM10
- minyak sapi – Brand Enrico RM5.29

- yogurt – Sunglo Sour Cream RM5.29 tapi guna skit je kira RM1.00
- tomato puree – Brand Duchef RM2.29
-Yg lain-lain ni bajet dlm RM5 la sebab ambil sikit sikit je….

- rempah beriani adabi
- bawang besar
- bawang putih
- halia
- tomato
- daun ketumbar
- madu
- garam
- carrot

- ciliapi/cilimerah/cilihijau


Total Bajet Beriani Kambing=RM10+5.29+1+2.29+5=RM23.58


Nasi Beriani:
-beras basmathi: 4cawan dlm RM2 kot
Yang lain-lain ni bajet dlm RM3 kot:

-bawang merah besar
-bawang putih
-minyak sapi –dah dikira dlm Beriani kambing

-rempah beriani adabi
-bunga cengkih
-kayu manis
-buah pelaga
-jintan manis
-tomato
-halia
-garam
-air


Total Bajet Nasi Beriani=RM2+RM3=RM5


Jumlah keseluruhan=RM23.58+RM5=RM28.58 / 5orang(aku anak beranak) = RM5.72 seorang. Banding dengan beriani bob RM7 sepinggan kira masih OK la…..


Dan nasi beriani tu dengan 4 cawan tu bole makan ramai orang lagi Cuma kena tambah lauk je lagi la..

Nasi Beriani dan Beriani Kambing

5 slice kambing australia dibeli dari tesco

Nasi beriani sedang masak

Nasi beriani yang sudah masak


Kuah Beriani kambing dah hampir masak.....


Hasil nya......ok la tu....

Alhamdulillah... Hari ini berjaya juga aku masak nasi beriani dengan beriani kambing.

Resepi asas nya aku ambil dari blog Pn Nita (sudipkayu.blogspot.com) tapi aku adjust la sikit sikit.

Almaklumlah, kadang-kadang terlupa nak beli bahan-bahan sepenuh nya. Kadang kadang datang lak idea kreatif yang lain pulak.

Mari aku kongsi bahan bahan aku (aku tak reti sukatan sukatan ni, main agak agak je. Orang kata apa; "ikut feel je". Yela status pun amatur je kan...

Nasi Beriani:
-beras basmathi
-bawang merah besar
-bawang putih
-minyak sapi (resepi asal pakai minyak masak je)
-rempah beriani adabi (resepi asal tak pakai sebab itu resepi nasi minyak)
-bunga cengkih
-kayu manis
-buah pelaga
-jintan manis
-tomato
-halia (resepi asal tak ada)
-garam
-air (aku ikut sukatan beras je.. Aku masak 4 cawan beras + campur 4 cawan air + bahan tumisan bahan2 di atas).

Aku ikut la step step yang Pn Nita suggest macam rendam dulu beras dalam setengah jam. Maybe ada kesan untuk lembutkan dulu beras tu.

Tapi aku guna halia, rempah briani sebab aku kira masak nasi beriani simple la. Hehe. Minyak sapi tu sebab nak habiskan minyak sapi sebab share dengan bahan beriani kambing.

Sebenar nya aku dah pernah masak nasi beriani cuma dah lama tak masak.

Aku plan nasi beriani ni supaya simple je tapi ada cukup rasa.

Hasil nya ok la. Aku puas hati. Cuma aku ingat nak letak kismis dan gajus tapi lupa beli.

Beriani kambing:
- kambing australia shoulder (5 slice)
- minyak sapi
- rempah beriani adabi
- bawang besar
- bawang putih
- halia
- tomato puree
- tomato
- daun ketumbar
- madu
- garam
- lupa letak bawang goreng
- aku tambah yogurt (kreatif la sgt tu)
- tambah carrot skit sebab ada balance dari bbq minggu lepas
- aku blend ciliapi sekali nak bagi pedas sikit

Memang betul saranan sudipkayu tu. Lebur je semua bahan bahan tu. Cuma patut nya aku tumis dulu rempah beriani dengan minyak sapi bia naik sikit rempah nya. Tapi tak apa lah.

Aku tambah yogurt untuk tambah rasa masam nya skit.

Puas hati jugak dengan hasil nya cuma kuah nya tak gelap sangat. Aku teringin nak kuah nya gelap macam kuah beriani bob kat masjid damansara uptown. Tapi aku rasa ok jugak la sebab kuah aku pedas sikit. Bob nya manis sikit.

Terimakasih kepada my darling wife kerana ada bagi tips utk menjayakan resepi aku ni.

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, November 09, 2009

Bisto

Untuk pengetahuan, inilah rupa pek Bisto yang boleh didapati dari tesco.

Ia nya dalam bentuk serbuk, perlu dibancuh dengan air la. Idea guna Bisto diberi oleh Ain, my dear friend from Melaka....Tq Ain ur d best....

Sent via BlackBerry from Maxis

Happy Birthday Kak Yong

(Muaz sibuk memasak bbq dibantu oleh bibik Ayah)

(kuah gravy bisto yang gelap tu (banyak yg puji...hehehe))

Pakai 3 dapur; satu yg flat tu beli kat giant, dua lagi stail bulat berkaki ambik dari rumah ayah. Bekas tupperware besar sebelah kiri muaz tu tempat kita orang perap semua lauk lauk bbq.

(Kakyong the sweet 20.... satu kek lagi untuk sepupu-sepupu kakyong yng birthday nya dekat dekat gak...Kek ditaja oleh Azul)

(Keluarga belah wife menjamu selera)

(Rahman menengok kakyong memotong kek bersama-sama dua maulana; lutfi & umar)

(Atah, the lady in black)

(Kakyong & his Pakngah)

Persiapan untuk Birthday kakyong bermula awal..... malahan, hari rabu sebelum nya pun dah start shopping beberapa barang di tesco.

Walau apa-apa pun, sebaik selepas subuh sabtu 7 nov, aku & wife telah mula bertungkus lumus. Bermula dgn menyediakan salad dan bahan-bahan untuk sup. pukul 8 pagi, terus ke pasar ambil ayam 10 ekor (belah 10), beserta udang(3kg) & sotong(3kg). Ayah pun dah menunggu di pasar dan dia telah cover belanja ayam dll tadi (lega sikit beb).

Kemudian terus aku hantar wife balik umah sementara aku pergi tesco untuk beli daging. Dapat beli lambchop je semua sebab beef nampaknya tak ada yang menarik perhatian.

Pukul 9 pagi, mula bakar bara untuk bbq. Kali ini pakai 3 dapur sekali. Muaz, Kakyong & Aida semua membantu bersama bibik Ayah yang dipinjamkan pada hari itu. Persiapan berjalan lancar je kerana menjelang tengahari, semua ayam, daging, udang & sotong telah siap di bakar.

Tetamu mula datang pada pukul 12tengahari. Azul telah menyumbang dua kek dari Secret Recipe..... sedaaaappp tapi macam cair sikit la.....

Menu yg di hidangkan secara ringkas nya adalah seperti berikut:
- Bbq: Ayam (10 ekor), Udang(3kg), Sotong(3kg), lambchop (40 slices), hotdogs
- Kuah Bbq: Blackpepper mushroom gravy, Sos Cili merah (Ala ala nasi ayam)
- Salad: timun, sengkuang, karot, kobis, lada benggala hijau
- Nasi putih pun ada buat gak (habis gak coz ada yang tekak nak nasi jugak kan...)
- Sup Ayam, dimakan dengan mi kuning &/atau kuetiaw
- Bubur kacang hijau
- Kek secret recipe

Keluarga belah wife ramai yang datang; Azul, Azie, Kaklang, Dedek, Alang, Emin & anak-anak, Kaklong Chela & Anak, Kak Anny, Dida, Ijal, Farah, Jep, Cik Noi, Cikgu Daud & Anak-anak, Siti & Anak-anak.

Sebelah aku yang datang Angah & Family, Atah & Family, Abah & Mak pun datang jugak.....

Menjelang pukul 530ptg dah setel sume...aku pun bole ngemas....menjelang magrib sume dah kemas.....

Secara keseluruhan, satu acara yang meriah dan dengan izin Allah swt jua....dijalankan dengan penuh kerjasama satu family aku.... Makanan pun semua cukup untuk tetamu lebih kurang 100 orang... Bajet kesemuanya dalam RM600...

Ramai yang tetamu itupun kawan kawan kakyong dari Unikl-MFI lebih kurang 30 orang semuanya. Kawan-kawan Muaz ada dalam 10 orang. Kawan-kawan Aida dlm 5 orang. Jiran yang datang cuma Jamil & keluarga dari sebelah rumah.

Memang rasa puas hati sebab dapat cuba buat kuah gravy untuk steak & lambchop.....blackpepper mushroom gravy..... Resepi nya simple je:
- Panaskan olive oil
- Tumis blackpepper, sesudah garing sikit masukkan bisto yang dicampur air (nb. bisto ni boleh didapati dari tesco)
- campurkan cendawan butang yang dah dipotong kecil kecil.
- Kemudian bole la campur gula(or madu) garam secukup rasa
- Panaskan atas api perlahan (untuk elak hangit...nanti kuah pahit) sehingga kuah jadi pekat.

Monday, November 02, 2009

Barbeque time



Soriii dah lama tak update blog aku ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Dah nak masuk Raya Haji dah pun.

Tak apa la.. Ujung minggu baru aku buat barbeque kat rumah. Kita orang anak beranak je, tak ada jemput orang lain.

Takla susah sangat nak buat bbq ni. Yang renyah nya cuma nak hidupkan bara. Arang beli yang bulat bulat dari giant. Ayam, lambchop, udang & sotong kitaorang marinate skejap je.

Seronok sebab Muaz pun memasak gak hehehe.

Tapi yang penting hasil nya memuaskan. Sampai bersemangat nak buat lagi bbq ni minggu dpn smpena birthday kakyong.