Thursday, April 20, 2006
Cari Pedoman....
Aku pernah terdengar satu bayan yang kata kita kena doa pada Allah swt supaya pandu hati kita di jalan yang benar - "Nak apa lagi, kita kan dah Islam - kita kan sudah berada di jalan yang benar!".
Kita sebenarnya terus-terusan perlu panduan walaupun kita sudah berada di jalan yang benar - Contoh: berada di jalanraya yang betul belum tentu memadai - kita kena terus bijak membaca tanda arah sehingga kita tiba ke destinasi yang ditujui. Ada kalanya mercutanda yang kelihatan sudah hampir benar, namun bila kita tersilap membaca tanda arah atau tersilap mengambil simpang, kita boleh terlencong dari destinasi kita - Maknanya, kita kena kerja keras utk kekal di jalan yang benar..
Orang alim mengibaratkan ini bila kita meminta panduan daripada Allah swt - Allah swt akan memuliakan seseorang dengan menghampirkan diri seseorang dengan islam dan Dia akan menghina kita dengan menjauhkan diri kita dari ugama kita ini. Tidak ada jaminan dari langit bila kita sudah berada di dalam Islam, kita akan kekal dalam Islam.
Mengenali kebenaran dan meperolehi kekuatan untuk menuruti kebenaran adalah 2 langkah yang berbeza yg saling melengkapi - Kita mungkin akur akan kebenaran tetapi keberuntungan hanya dapat dikecap bila kita ada keberanian untuk mendekatinya.
Cuba lihat abujahal dan kuncu-kuncunya yg masih berdegil walaupun melihat bulan terbelah depan mata lantaran mukjizat nabi saw - atau, abu talib yg membantu nabi saw di kala susah, namun tiada keberanian meninggalkan syirik yg bersarang di dada - walaupun mendapat khidmat pendakwah no 1 planet ini, muhammad al mustapha saw.
Kita tertakluk kepada kehendak Allah swt - bagaimana mahu menarik kasihan Allah swt? bagaimana mahu dirayu belas kasih Allah swt? agar di pandang diri kita yg kecil ini - yg keras hati ini... yg telah byk ingkar - yg telah byk lupa diri - bagaimana menagih kasih dari pemilik 7langit & tujuh bumi?
Buat kerja nabi saw - contohi kerisauan nya - hayati apa yang diusahakan oleh nabi saw - kerana apasaja yang nabi usahakan dapat perhatian Allah swt - sehinggakan org alim memberitakan walaupun kita tak berupaya tapi mencuba seberapa daya meniru sudah mampu meraih perhatian Allah swt - Cari Pedoman...
MauludurRasul 1427h
Petikan email aku pada rakan yg bekerja di industri saham:
Bila keluar tabligh, terasa menafaat nya - bila tak keluar terasa kekurangan nya - hanya yang menjamah akan tahu rasa buahnya - tulisan & kata-kata tak mampu memberi keadilan pada rasa sebenar....
tapi bak kata org lama-lama - ini kerja pilihan bukan kelayakan - kerja kita hanya utk pujuk hati supaya mahu pada yg baik - dan yg baik tak semestinya manis....
Nak pandai, kena belajar - Nak gaji, kena kerja - Nak kuatkan iman, kena keluar... he he... ironinya iman macam saham ye dak yob, ada naik, ada turun...
Aku terdengar satu tamsilan buat renungan bersama....
Mari kita kenang korban nabi saw, para sahabat r.anhum, iman yg ada pada mereka bukan hanya ubah nasib satu kaum tapi negara demi negara - rumawi, parsi, mesir, china, dunia...... Selamat menyambut mauludurasul 1427.....

Bagaikan air - kalu sikit, sikitlah menafaatnya - kalu sesudu air, dahaga pun tak hilang - segelas air, mungkin boleh, tapi takleh buat mandi - Tapi apakata, sekolam air, sesungai air - kita boleh empang dia, bukan sekadar menafaat seorang tapi sekampung, sebandar, senegara...
Begitulah iman - kalu sikit, mungkin takat solat raya saja sekali,2 kali setahun - tapi kalu banyak, bukan sekadar solat tapi dapat berjemaah - tapi kalu lebih lagi, boleh ajak orang lain kepada solat.
Mari kita kenang korban nabi saw, para sahabat r.anhum, iman yg ada pada mereka bukan hanya ubah nasib satu kaum tapi negara demi negara - rumawi, parsi, mesir, china, dunia...... Selamat menyambut mauludurasul 1427.....
Karkuzari Jemaah Rawalpindi ke Amerika Selatan
Karkuzari(Lapuran) ini aku dengar daripada amirsahb aku semasa aku keluar di pakistan (ipb,2000) - saya tak dapat memastikan bandar mana kisah ini berlaku - Kesahihan dan ketepatannya masih boleh dipertikaikan, yg penting iktibar yg ingin disampaikan:
Jemaah rawalpindi telah dihantar ke amerika selatan untuk buat kerja selama setahun di sana - bandar di mana mrk ditugaskan ini, pihak jemaah masih baru dan tiada bantuan dari sdr-sdr islam tempatan. Dalam keaadaan sebegini, jemaah akan menginap di hotel dan akan mencari saudara-saudara islam di bandar tersebut dengan panduan direktori telefon.
Dalam kisah ini, setelah mendapat nama mereka-mereka yg dirasakan penganut islam, beberapa jemaah telah dibentuk - Satu jemaah terdiri dari 3 org; kasim, karim & kadir telah ditugaskan melawat jaafar (semua nama2 ini bukan nama sebenar). Setibanya jemaah ini ke rumah jaafar, mereka telah memberi salam - salam mereka dijawab dan seorang lelaki berwajah arab telah menyambut mereka dan keadaan seolah-seolah beliau sedang bersiap-siap untuk keluar.
"Siapa kamu", tanya Jaafar. "Kami datang dari pakistan dan kini sedang berada di bandar tuan. Kami berminat untuk menziarahi sdr islam kami di sini hanya semata-mata kerana Allah swt!", jawab salah seorang dari ahli jemaah. "Maaf, saya sibuk. Malahan saya sedang bersiap-siap untuk keluar" Jaafar mencelah. "Tapi, kami hanya beberapa minit masa tuan. Kami datang dari jauh. Kami harap tuan dapat beri masa mendengar penerangan kami" kasim cuba memujuk jaafar.
"Baiklah, mungkin sekadar 5 minit, silakan masuk".
Jemaah telah mengambil peluang ini untuk menerangkan bahawa maksud mereka datang adalah untuk menghubungkan silaturahim dengan saudara-saudara islam di bandar itu. Di samping itu juga tujuan jemaah juga bagi bertukar-tukar fikiran disamping dapat memberi peringatan tentang kehidupan dunia kita yang sementara. Bagaimana kita semua akan menemui maut. Kematian itu pasti. Namun bagaimana disebalik kesibukan hidup, kita dapat membuat bekalan untuk bekalan akhirat. Amir jemaah lalu meminta diri menjelang berakhirnya tempoh 5 minit tersebut.
Namun Jaafar meminta mereka meneruskan bicara. "Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata begini", ujarnya.
Maka, jemaah telah mengambil peluang untuk menerangkan tentang kehebatan Allah swt, kepentingan amal, pahala, keseronokan syurga, & bahaya neraka. Jaafar tiba-tiba menangis teresak-esak.
"Sebenarnya, kami keluarga yg berasal dari timur tengah - datukku telah berhijrah ke negara ini membawa ayah aku & adik-beradiknya. Aku dari golongan generasi yg kedua. Kami memang berugama Islam tapi malang, kami tidak mengamalkannya dengan sungguh-sungguh. Bila meningkat dewasa, aku telah menikahi gadis kristian, namun aku tetap dgn keislamanku. Isteriku tegas mengajak ku masuk ke dalam agamanya, namun aku tegar mempertahankan keimanankun. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Ajakannya berterusan. Hingga menjadi leteran yg berpanjangan. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku telah membuat keputusan malam tadi utk keluar islam. Sebentar tadi saya sedang bergegas untuk memenuhi temujanji saya dengan seorang paderi di pinggir kota untuk urusan saya masuk kristian. Hari ini, tuan-tuan telah menyelamatkan akidah saya"
Jaafar telah membuat keputusan untuk memberi masa bersama-sama jemaah. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku seterusnya tentang jaafar & hubungan dengan isterinya, namun yang jelas jaafar telah bertekad untuk mempertahankan iman dan melakukan sesuatu utk mengukuhkan nya.
Takaza & tuntutan untuk kita untuk menjalankan dakwah ke serata dunia sebenarnya amat mendesak. Episod sebegini hanya sekelumit cerita happy-ending utnuk halwa telinga. Bagaimana yg lain-lain. Ulama ada mengingatkan bahawa seluruh umat bertanggungjawab kepada setiap individu umat, sekiranya satu orang mati di hujung dunia tanpa iman, seluruh umat bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Dan setiap individu umat bertanggungjawab ke atas seluruh umat - Jika seluruh umat mati tanpa iman, seorang yang ada iman akan dipertanggungjawab atas kelalaian nya tidak menyampaikan yg hak kepada seluruh umat.
Gambar Hiasan: by G. Paul Burnett/The New York Times |

Orang Tabligh - Posted from another Blog
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula?,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan),
bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
di petik dari someone blog
(orang tabligh dan orang tak tabligh semua akan jadi mayat...)
posted by hamka at 1:33 PM

Sunday, April 16, 2006
Jemaah 3h Saujana Impian - Masjid Bdr Dengkil
14, 15, 16 April 2006 : Kali ini Jemaah 3h Saujana Impian keluar pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad - Amir Jemaah adalah Dr Zulkarnain - Aku hanya dapat bersama jemaah pada pagi Sabtu (15/4). Jemaah 3h Saujana impian turut disertai oleh rakan-rakan dari tmn cuepacs, jenaris dan tmn mesra.
Senarai ringkas ahli jemaah:
Kami berbual lah sedikit sebanyak dengan mereka berdua di rumah sewa mereka ini sambil bercerita agama sekadar yang termampu - 2 bulan yg sudah bila kami keluar di masjid ini, kami dah berkenalan dgn bro bdeshi yg kahwin dgn malysian tu & dia ada beri azam utk keluar - jadi ni kira usuli tashkil le... Dia masih ada azam tapi cuma sibuk dgn urusan keluarga, tambahan pula, anak masih kecil. Kami beri fikir sikit utk kuatkan lagi azamnya dan minta beredar...
Pada petang harinya, aku, asp ridwan & izzudin b hj kamarudin di hantar utk buat gash di surau tmn desa kerana di situ ada keperluan utk tashkil ramai bro pakistan (di dengkil ni memang ramai pekerja asing spt dari bangladesh, pakistan, myanmar, nepal dsbnya lantaran banyak nya projek pembangunan sekitar putrajaya/cyberjaya yg melimpahkan kemakmuran dgn izin Allah swt jua ke dengkil ini - lebihkurang 15tahun dulu sebelum ujudnya putrajaya & projek MSC, KLIA dsbnya, dengkil ini dikira sekadar jalan laluan ke banting atau morib sahaja. Tapi dgn kuasa Allah swt, bila saja dibuat keputusan utk projek2 tadi, dengkil telah bertukar wajah...).
Surau Tmn Desa adalah surau tempatan sdr shahnahar yg merupakan salah seorang ajk nya. Shahnahar adalah kenalan baru sejak kami bertandang ke mjd dengkil ini dan dia menyediakan dirinya menjadi rahaba. Shahnahar juga bekerja di Projek KLCC sdn bhd bersama zamzuri, setiausaha surau saujana impian. Hj Rashid (karkun tempatan & bertugas di mas sbg chief steward juga turut serta) - malam itu aku bayan, tapi rasanya tak ramai org pakistan yg hadir walaupun masa gash dilapurkan ramai yg dijumpai. Lepas isya, kami minum sebentar di kedai mamak dan balik ke mesjid.
Ahad-16 April : Hari ini Dr zul balik sekejap kerana ada gotong royong dan aku ditugaskan jadi zumindar sementara - Taalim pukul 11pagi dan sebelum itu pada pukul 10pagi semua ditugaskan utk keluar gash - Aku pergi dgn razak, pergi melewati kawasan quarters jkr yg terletak di jalan menghala ke jenderam dekat dgn pasar dengkil. Di rumah no 2 kami berjumpa dgn yusnan - pada mulanya dia agak keberatan nak berjumpa mungkin kerana keluarganya baru terjaga dari tidur dan belum bersedia menerima tetamu. Namun, setelah dipujuk oleh razak, dia telah bersedia tapi kami berbual di luar rumah sahaja.
Yusnan berasal dari kelantan dan kini bertugas sebagai chef di hotel Marriot IOI - isterinya bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan (bukan jkr - tapi ditempatkan di kuarters jkr berdasarkan kekosongan yg ada) - Yusnan sudah pernah keluar 40h selepas peperiksaan SPM tapi sudah lama tidak melibatkan diri dgn jemaah. Namun cinta pada usaha dakwah masih ada. Jadi pertemuan ini kami gunakan untuk menghangatkan semangat nya semula. Keakraban yg lahir nampak jelas bilamana kami meminta diri utk kembali ke masjid, yusnan telah menghadiahkan beberapa jenis sayuran dari "kebun" nya spt bendi, terung, cili & kacang pjg. Kami tidak lupa mengingatkan nya utk membuat hubungan dgn masjid dengkil.
Sebaik pulang ke masjid, aku telah beri lapuran mengenai yusnan kepada sdr abdul wahab (karkun tempatan) - abdul wahab terus pula mengajak aku bertemu pula seorang rakan nya bernama kamil. Kamil bekerja di peremba construction - bekas rakan sekerja wahab yg kini bekerja di nam fatt. Kamil seorang yg minat kepada perkara berkait keagamaan dan kami telah berdiskusi di rumah nya sehingga sekitar 1tengahari.
Banyak persoalan yg dibentangkan nya seperti perlu nya ada ilmu sebelum berupaya menjalankan kerja dakwah dgn berkesan - Dia menceritakan mengenai sanak saudara sebelah isterinya yg ada berketerunan cina kristian dan terlibat dgn misionari kristian. Dia merasakan kita perlu melengkapkan diri dgn hujah yg kukuh bagi menangkis dakyah2 merak ini.
Aku menerangkan kpd dia bahawa agama ini menuntut pengorbanan, dan keberkesanan dakwah akan jadi lebih jitu dgn peningkatan dalam pengorbanan - Hujah & pidato yg hebat2 tiada upaya memberi kesan tanpa izin Allah swt. Kita berdakwah pertamanya untuk membina sifat mulia dalam diri kita sendiri. [Ini modal utama kita, yakni diri kita sendiri - tiada guna orang jadi baik hasil usaha kita tapi diri kita sendiri terabai]
Kamil memang tertarik dgn diskusi ini hingga perbincangan kami berlarutan menjelang waktu zohor - Kami terpaksa meminta diri sambil memperingatkan sesama kami untuk teru berdoa kpd Allah swt semoga kita diberi kefahaman agama dan dipilih untuk kerja dakwah yg mulia ini.
Malam itu kami sejemaah telah diberi bayan wapsi oleh sdr ishak dari dengkil dan kami tangguh ke tempat kami masing-masing.
Senarai ringkas ahli jemaah:
- Dr Zulkarnain-Amir
- Hisham Jabir
- Ariff Hanifa (bersama anaknya Abu bakar)
- Ahmad Al-Hadi
- Hj Kamarudin
- Izzudin Hj kamarudin
- Anas (kali pertama)
- ASP Ridzuan
- Hj Lazim
- Ust Jabar
- Razak
- Mohd Noor
- Sudin
- Shahari

Subscribe to:
Posts (Atom)