Friday, March 05, 2010

Dah 10 tahun daaa...


Pejam celik, pejam celik... dah 10 tahun aku keluar 4bulan ke IPB...

Menoleh ke belakang, aku tak pernah menyesal keluar 4bulan kerana banyak benda yang aku belajar.. tapi samada aku boleh merumuskan yang aku semakin maju dalam usaha hari ini berbanding 10tahun sudah, aku serahkan kepada Allah swt....

Yang pasti aku tak serik untuk keluar lagi, kerana nikmat keluar jalan Allah swt memang tak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.

Cuma sasaran aku nak ubah sepenuhnya kehidupan aku masih belum tercapai. Sampai sekarang aku pun belum istiqamah betul-betul lagi. Walaupun inilah azam aku sebenarnya aku keluar IPB.

Masturat pun tak pernah keluar. Memang betul lah kata orang lama.... Ibarat burung yang molek terbang nya dengan dua kepak....susah kalau kita nak maju dalam usaha tanpa penglibatan isteri kita...

Aku malas lah nak komen pasal benda ni.... Kenapa aku tak keluar masturat? Banyak juga orang tanya aku.... Kau kena ikram ahlia kau, baru la dia nak keluar.....

Secara terus terang, aku memang selalu ajak... tapi paling jauh isteri aku pernah ikut hanyalah ke program taklim... dah banyak kali dia pergi masturat tak pernah lagi lah terbuka hati dia nak keluar masturat secara penuh....

Salah satu asbab nya adalah, dia tak nampak keperluan untuk keluar masturat... Leceh lah nak keluar... nak kena berkurung dalam rumah... panas.... bising.... kau orang lelaki boleh la cakap, kalau boring boleh keluar keluar masjid.....kita orang terperap dalam rumah, mana aci....


Setakat ini rumusan yang dibuat oleh dia...
Kalau aku keluar pun ok,
kalau aku tak keluar lagi ok.....

Entah lah...hidayat ini memang milik Allah....

Aku tak reti nak paksa orang keluar jalan Allah sebab seingatan aku... Aku pun dulu keluar pun memang pantang orang paksa aku.... lagi dipaksa lagi aku buat derkkkkk je....

Aku keluar sebab aku sendiri serah diri..... masa tu kat Markas Aldgate East London.... Aku ingat lagi ... Kalau tak salah aku tahun 1984....Aku tahu ada jemaah student nak keluar selama satu hari, maka aku dengan rela hati pergi sendiri serah diri untuk ikut jemaah tu...

Tapi hidup ini perjuangan kan... Aku tetap akan bersama jemaah tabligh sampai akhir hayat (dengan izin Nya)...

kita tak boleh jadi baik, sekurang-kurang nya kita buat lah supaya Allah kesian dengan kita dan bagi peluang untuk jadi baik.....

Jadi, tak payah nak bersedih-sedih dan bermurung pasal benda yang kita tak boleh nak kawal... Tugas kita berikhtiar, berusaha.... yang buat keputusan, Allah....

Tahun ini aku dah azam nak keluar 40hari.... 1hb Jun 2010. Jadi sahabat-sahabat semua yang berbisik dengan Allah di malam-malam yang sunyi tu, di sebalik linangan airmata tu.... Jangan lah lupa nama saya......

9 comments:

seorangnenektua said...

Hidayat itu milik Allah.Daya kita usaha dan doa.Tuan perlu juga bayan masturah dirumah dan jangan lupa mesyarat dengan ahli keluarga.Dlm mesyuarat itu insyaallah banyak masaalah Allah selesaikan.Masalah Tuan sama macam masalah sahabat saya.tapi sekarang isteri dia adalah jauh lebih baik dari saya dan sanggup ditinggalkan suami tanpa belanja dapur.dalam hati Allah! Rasulullah!.Ikram Allah telah zahir dalam kepayahannya maka bertambah tambah lah imannya.nenek? dok tang tu juga hu hu hu

Ahmad Al-Hadi said...

Terimakasih nek atas nasihat ... kita korban lagi dan lagi sampai tak ada lagi...

Hidayatullah said...

salam..
saya azam sabah sarawak bulan 6..tinggalkan komen di blog saya kalau nk kuar sabah sarawak ye..

Ahmad Al-Hadi said...

Yard sahb, inshaallah kita azam.... ke mana route kita .... wallahualam... tapi syor yg menarik...

Ziarah76 said...

saya pun lemah tuan, tuan doakan utk saya

Ahmad Al-Hadi said...

z76 sahb, kita recharge malam ni kat markaz....

Admin said...

10 tahun dah bulih renew lesen tu.
masturat?? gua dakwah dan serah. berdiri susah duduk payah. mmg mujahadah!

Ahmad Al-Hadi said...

Kilat sahb, mmg dh patut sgt renew tu..
Hehehe..

Abu Ikhlas said...

kodi,

mana aci??? Aci ada kt dapo buat kari......nak siap untuk taam... Bestkan....