Saturday, February 06, 2010

Dunia sangat penting

Aku yang jahil ni memang tak reti apa-apa...

Bila dah semangat, habis di cop apa saja yang di dunia ni memang tak ada nilai.

Sebenarnya aku silap...

Dunia tu SANGAT penting...

Macamana ek??

Aku dengar satu bayan yang akhirnya merungkaikan kepentingan dunia.

Kalau kau nak tahu sebabnya dunia ni sangat penting .....
sebabnya adalah.....
....hanya amalan di dunia sahaja yang ada nilai...

Di dunia, menangis walau satu titik airmata mampu padamkan selautan api neraka...

Nanti bila kita di akhirat, menangis la satu lautan, waima sampai terkeluar biji matapun tak dapat nak beri apa-apa kesan...

Jadi sheikh... Dunia is the very very important you know!

Saya rehatkan kes saya...
I rest my case...

Sent via BlackBerry from Maxis

10 comments:

FakirFikir said...

Setuju. Hanya dunia kita boleh membuat pahala. Kalau kita tidak malu, dunia juga tidak kisah kalau kita mahu membuat dosa.

seorangnenektua said...

Dunia kan tempat kita kerja keras dan berhempas pulas bercucuk tanam, tanam modal simpan saham dan kerja kerja kerja tanpa rehat. nak rehat nanti la...rehat kat syurga dengan bidadari bermata bundar.dan nikmati lah hasil kerja keras anda dikampomg akhirat yang tiada penghujung itu.Betapa beruntungnya...Ya Allah! Pilihlah kami yang kerdil ini

Abu Ikhlas said...

wah kodi...the return of the buzruk

Ahmad Al-Hadi said...

Fakirfikir,
Tuan melengkapkan mesej saya....

Seorangnenektua,
Amin.....

Chenot aka abuikhlas,
busyuk je......
aku nak snow skit....takziah atas kehilangan bobo...anyway..kucing sku baru beranak 3ekor...hahaha

azharjaafar said...

Dunia jambatan ke akhirat..

ingat tu tuan.. jambatan..

letaknya di kaki dan dipijak..

Ahmad Al-Hadi said...

Azhar Jaafar,
Tersangatlah benar....
Agama dijunjung...
Dunia dijinjing..

Ziarah76 said...

setuju.
jgn tinggalkan dunia, tapi kita pegi keliling dunia (atas maksud agama).

zarch said...

Jaman sahaba, dunia ditangan, alquran dihati, jaman kita, dunia dihati, alquran ditangan...

Alhamdulillah, biarpun bukan dijaman sahaba, tetap ada usaha menghidupkan suasana jaman sahaba. Semoga umat semua kembali seperti usaha dijaman sahaba. Doa untuk saya.

Ahmad Al-Hadi said...

Sdr Z76,
Jom kita azam negara jauh....

Sdr Zarzh,
Amiiiiinnnn

Husaini said...

pegang dunia dekat tangan dan junjung agama dekat kepala...kalo agama goyang, lepaskan dunia..jaga agama jgn smpai jatuh..jgn letak dunia dlm hati..kalo org islam dpt pegang dunia, insya Allah org islam akan nmpak kuat dan disanjung...

p/s: dkt india byk supermarket n syarikat besar yg owner nyer org islam..sgt kagum..mesia biler lagi??