Tuesday, August 11, 2009

Jom Scuba

Sabtu lepas aku dapat peluang mencuba satu aktiviti baru......Scuba.....

Mula-mula nya anak-anak buah aku; Hanzolah & Harisah je yang nak pergi. Lalu bila diiklankan hasrat dia orang aku dan anak aku aida pun teringin nak mencuba.

Jadi hari Sabtu lepas kita orang pun pergi lah ke pusat sukan Maybank di Bangi. Sebenar nya, sesi tu untuk kanak kanak sahaja tapi orang tua tak di halang untuk turut serta. Aku pun apa lagi.....

Sesi pada pagi tu bermula dengan tayangan video bagi penerangan ringkas tentang teknik snorkeling, scuba & isyarat tangan untuk penyelam.

Kemudian kami semua dibawa ke kolam, mula mula nya untuk latihan snorkeling dituruti dengan sesi scuba. Yang penting sekali ialah teknik pernafasan nya yakni semua mesti dilakuikan melalui mulut.

Agak kekok juga untuk menyesuaikan diri pada mula nya. Telinga akan jadi agak sakit bila kita menyelam ke tempat dalam yang dapat di atasi dengan meniup telinga dengan menekan hidung dan menghembus udara keluar ke telinga. Aida agak kesulitan untuk mengamalkan perkara ini membuatkan dia kurang selesa dengan sesi yang pertama ini.

Kami bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pukul 12thari. Makanan ringan ada juga disediakan. Yuran yang dikenakan RM200 seorang untuk sesi pertama. Ada lebih kurang 4 sesi lagi yang akan bersambung lepas raya la sebab ramadan pun dah nak menjelang hujung ogos ini.

Agak kelakar juga sebab ada sijil penyertaan di anugerahkan di hujung sesi bilamana semua penerima merupakan kanak-kanak saja. Aku diperkenalkan sebagai "peserta termuda".....hahahaha....dengan sporting nya aku pun komen....super kid daaaa.....

No comments: