Persatuan penduduk Impian Jaya anjurkan acara gotong royong hari ini.
Ramai juga yang datang. Sekitar 60 orang. Dato Zakaria pengerusi persatuan, tersenyum lebar.
Kawasan rumah tak ada la banyak sampah sangat. Cuma banyak longgokan barang barang kat luar rumah yg macam tak terurus. Mencacatkan keadaan. Nak tolong buangkan takut tuan rumah nak pakai.
Aku kena ingat bayar yuran persatuan. RM60 setahun. Dato dah ingatkan tadi. Hehe. Ok la. Mana nak datang belanja nasi lemak & karipap & kuih kuih yg lain kalu tak ada dana kan.
Dalam suasana wabak selsema babi H1N1 ni elok la juga kawasan taman ni di kemaskan.
Sekolah Teknik Kajang tempat Aida belajar pun dah tutup seminggu.
Dengar cerita SMAP pun tutup. Ada yang komen semalam solat jumaat kat Surau Saujana habis melimpah sebab SMAP tak buat solat jumaat kat sana.
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment