Monday, July 13, 2009

Bayan Maulana Saad

Di antara petikan bayan Maulana Saad:

Agama dalam diri hanya akan sempurna bila ada keyakinan yang betul pada Allah swt.

Dan, keyakinan yang betul ini hanya akan dapat hadir melalui perantaraan Dakwah.

Satu tanggapan masyarakat yang salah pada hari ini adalah menganggap bahawa dakwah ini hanya untuk orang yang bukan Islam.

Sedangkan adalah menjadi satu kewajipan untuk menguatkan iman yang sediada pada diri orang Islam dan mengajak orang bukan Islam kepada iman.

Untuk menyelesaikan kemelut orang Islam pada hari ini hanyalah dengan menghubungkan diri kita terus pada Kudrat Allah swt.

Dan Kudrat Allah swt tidak akan bersama orang Islam selagi mana keyakinan orang Islam adalah bergantung pada Asbab. Keyakinan pada Asbab tiada bezanya dengan keyakinan orang bukan Islam.

Orang Islam kena bina iman sehingga yakin sepenuh nya pada Allah swt, sehingga terputus pengharapan pada Asbab barulah kudrat Allah swt akan bersama dengan orang Islam.

Kemudian barulah bantuan akan datang pada orang Islam hari ini seperti mana di kecapi oleh Sahabat.

No comments: