Friday, February 22, 2008

Sirih Pulang ke Ganggang

[Atas ni gambar kami sekeluarga- tak salah aku dalam tahun1986 - Berdiri di belakang, dari kiri: Dekna, Uni, Aku(Ablong), Atam, Angah dan Atah. Duduk depan: Abah and Mak]

[Gambar atas: Atam masa sekolah]

Bila aku tanya Abah, "Apa perasaan abah?".. abah aku jawab,"Apa lagi Ablong, Sirih pulang ke ganggang le"

Emosi gak abah.. Yele... ada jugak sorang anak nye yang menyusuri perjalanan politik nye...

Abah aku bekas cikgu... dulu mengajar di sekolah kg perak, batu kurau.. berhenti dari cikgu menceburi bidang politik sepenuh masa... Mula-mula jadi setiausaha sulit Dr Paul Leong (Timbalan Menteri Perusahaan Utama) kemudian jadi setiausaha sulit MB Perak Dato Seri Wan Muhammad.

Seingatan aku, dua kali Abah memang menaruh harapan nak jadi wakil rakyat - Sekali dlm pilihanraya 1974, kedua praya 1978. Tapi namanya tak tersenarai di saat-saat akhir. Aku ingat lagi Abah mengurung diri tak bercakap berhari-hari. Frust le...

Tapi akhir nya Abah dapat bertanding dlm pilihanraya 1982. Dan, dapat jadi exco pulak tu - Exco ni dikira menteri juga, tapi di bahagian negeri je... Dia jaga kementerian pertanian di Perak tu... Bertahan sepenggal... Pilihanraya 1986 tak dipilih... Macam2 cerita keluar ... Terlibat dengan kem musa hitam kemudian dengan Tengku Razaleigh hingga kepada perpecahan Umno 1987.

Dan Abah kemudian berpolitik bersama Semangat 46 dan pernah bertanding atas tiket pembangkang tapi tewas di peti undi. Sampai le kembali ke pangkuan Umno awal 90an.

Abah memang menaruh harapan untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat sebab aku tahu itu memang jiwa dia, jiwa rakyat. Aku memang dah ikut dia dari masa aku kecik leagi meredah kampung2. Memang dia "People's man" lah... Tapi apa nak buat kan bah, kita hanya merancang.

Di zaman kegemilangan nya, pernah ada desas desus yang mana namanya ada disebut untuk jadi MB Perak nak gantikan Ramli Ngah Talib.. Tapi itu hanyalah spekulasi...

Aku tahu dia memang ada menaruh harapan utk aku ikut dia. Itu sebab dia latih aku bercakap memang dari kecik. Masuk Pertandingan berucap. Dia arah aku masuk Taman Kanak2 dengan hos Pakcik Jamal. Mengeletar aku tapi aku layan kan juga..

Tapi apakan daya... jiwa aku tak de jiwa berpolitik... Sampaile ke adik aku ni... Mohd Zahir Dato Khalid @ Atam.
[Gambar atas: Atam di canterbury university, kent]

Aku dengan Atam ni kira sealiran le... Kami sama-sama di MCKK dan kemudian menyusuli aku ke UK sambung belajar... Tapi aku buat Accounting, dia buat Economics dan kemudian Law...

Tapi panji politik ni memang Atam le yang ambil alih....

[Gambar atas: Atam gambar Disember 2007 masa raya haji]

Masa balik kampung raya haji disember haritu memang ada bunyi yang nama Atam dah disenarai pendekkan untuk jadi wakil Umno. Tapi biasalah, selagi nama tak keluar, kita hanya boleh menaruh harapan..
Tapi akhirnya, pada 20 Februari 2008, Atam telah menerima arahan untuk letak jawatan dari Universiti Teknologi Petronas dan pada 21 Feb 2008 keluar berita di atas dalam suratkhabar-suratkhabar utama.

Untuk Atam, tahniah... ini amanah bangsa yang sangat besar... Tanggungjawab kau akan bertambah (kalau terpilih, insyaAllah)... Famili akan beri sokongan 100%... Apa-apapun hujung minggu ini, insyaAllah semua akan balik kemunting sebab penamaan calun Ahad, 24 Februari 2008. Memang syahdu ketentuan ini sebab Atam akan bertanding di DUN kemunting, tempat Abah dulu... Apa nak buat; "Sirih nak pulang ke ganggang".

2 comments:

lavender said...

hehehe,, no komen :P

ziarah76 said...

ooo... adik YB kamunting ka?