SELAMAT HARI JADI KEPADA ABANG AL MUAZ YANG TAHUN INI MENCECAH UMUR 14 TAHUN.
Tanpa disedari umur Muaz makin meningkat. Terasa seperti semalam Muaz masih lagi kecil dan comel tapi itulah hakikat kehidupan... Tiada yang kekal... yang muda akan tua... yang datang akan pergi...masa akan berlalu ibarat air yang mengalir deras.
Dulu Muaz kecil, sekarang dah besar. Dulu Muaz rendah, sekarang dah setinggi Papa...
Papa tiada hadiah yang mewah-mewah untuk Muaz, tiada jamuan-jamuan besar-besaran di hotel-hotel dan tiada janji yang Papa tidak akan marah-marah Muaz.
Papa bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik seperti Muaz....
Papa bersyukur Muaz memang seorang yang bertanggungjawab...
Papa bersyukur Muaz tidak pandai menipu....
Papa bersyukur Muaz tidak cuai dalam solat....
Papa berdoa supaya Muaz sentiasa dalam rahmat Allah swt.....
Papa berdoa supaya Muaz kekal dalam iman....
Papa berdoa supaya Muaz tidak akan lupa pada jasa Mama dan Papa...
Gunakanlah masa muda dengan baik supaya Muaz tidak menyesal....
Hari ini bekal untuk hari esok....
Papa paling berbangga bila Muaz dapat hadiah dari sekolah masa Muaz darjah 5. Seperti berbunga-bunga hati Papa bila Muaz dipanggil menerima hadiah tu....
Walaupun hadiah nye tak seberapa tapi yang penting Muaz telah mencuba sedaya upaya. Terima kasih ye Muaz. Tapi, ingat jadikan kejayaan sebagai pemberi semangat untuk maju jaya di masa depan.
Papa dan Mama tidak akan sentiasa di sisi Muaz - Bekalan yang paling baik ialah TAQWA. Ingati Allah swt sentiasa dan kuatkan semangat untuk sentiasa jadi orang yang semakin baik. Tanamkan niat supaya hari ini lebih baik dari semalam, dan esok ada peningkatan ke atas hari ini.....
Jangan leka dengan masa sihat wahai anak muda kerana bila kita tiada tenaga, banyak benda tak dapat dilaksana. Jejaki langkah Nabi junjungan kita SAW supaya kita memperolehi syafaat nya. Iman yang ada ibarat akar pada pokok, tambah dalam akarnya maka bertambah sihatlah pokok yang tumbuh.
Akan tiba masa Muaz juga akan punya anak Muaz sendiri. Ketika itu Muaz sendiri akan merasakan perit nya juga membesarkan anak-anak. Tapi wahai anak muda, di sebalik keperitan itu ada kemanisan - di sebalik kepayahan akan terbit kepuasan. JANGAN MENYERAH KALAH.
SELAMAT MELANGKAH KE UMUR EMPAT-BELAS-TAHUN
- dari PAPA, MAMA, KAKYONG & AIDA
Tuesday, May 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment