Wednesday, February 17, 2010
Remaja curi 4 telefon milik jemaah tabligh ditahan
Dipetik dari Berita Harian:
Oleh Ahmad Othman
bhnews@bharian.com.my
Original Post: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100217003206/Article/print_html
Suspek masuk surau ketika mangsa menumpang tidur
KOTA TINGGI: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas dia mencuri empat telefon bimbit dan beg duit milik sekumpulan jemaah tabligh yang singgah di sebuah surau di Jalan Taib di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, remaja terbabit masuk surau berkenaan selepas mendapati kumpulan tabligh menumpang tidur sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Polis sedang menyiasat sama ada suspek terbabit dalam kes lain membabitkan barangan persendirian milik orang awam yang dilaporkan hilang ketika bersolat di surau berkenaan," katanya.
Seorang mangsa, Mohd Riduan Aziz, 25, berkata ketika kejadian beliau bersama tujuh rakannya berehat di surau berkenaan dan ada antara mereka sudah tidur.
Katanya, lampu dalam surau itu dipadamkan dan hanya lampu luar menghala ke bilik air terpasang, sebelum tiba-tiba beliau melihat satu lembaga memasuki ruang surau melalui pintu depan.
Tiba-tiba lembaga berkenaan mengambil sebuah telefon bimbit milik rakan saya, diikuti dua lagi telefon bimbit berhampiran rakan lain yang nyenyak tidur di ruang tamu surau.
Bagaimanapun, lembaga itu kemudian berbaring dipercayai berpura-pura tidur sambil memerhatikan keadaan sekeliling untuk mengatur pergerakan seterusnya.
Dia kemudian bangun semula dan mengambil dompet milik rakan, sebelum menuju ke arah saya yang ketika itu berpura-pura tidur, katanya.
Mohd Riduan berkata, remaja berkenaan terus menyelongkar beg miliknya dan menjumpai telefon bimbitnya, sebelum beliau memegang tangan remaja itu sambil menjerit meminta bantuan rakan.
Katanya, hasil pemeriksaan mereka menemui empat telefon bimbit dan sebuah dompet milik rakannya sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sama2 lak citer henpon..
Yang tak tahan baca ayat:
"Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, remaja terbabit masuk surau berkenaan selepas mendapati kumpulan tabligh MENUMPANG tidur sejak beberapa hari lalu."
Aku konfiden jemaah tengah kuar 3h niiiiii.....
Memang bole di muzakarah kan tertib baru kau masa bayan hidayat...hehehehe
mmg tu jemaah 3 hari la nampaknya, nanti saya tanya member di kota tinggi, apa karkuzahri sebenarnya.
lepas tu terus semua buat tahajud..
ok la tertangkap.
yang banyak orang hilang handfon kat sri petaling ni apa hal? anak nenek pun ada hilang h.phone kat sana gak
z76,
Sy trtunggu juga lapuran lintas langsung dari tempat kejadian...
kilat,
tu sebab azharj kaba "lain macam tawajuh nye bila xbawa hanfon"
nenektua,
tu sebab elders ingatkan....hilang saman, hilang iman.....
dulu2 keluar tak bawa handphone..tak jadi masalah apa2...skrg bila tertib tak jaga mcm2 masalah timbul...
Post a Comment