Sunday, December 20, 2009

Semalam kat Eropah.. Hari ini kat Amerika Selatan..

Suratkhabar hari ni melapurkan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai rm50juta milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang hilang sudah dijual ke pihak tertentu di Amerika Selatan.

Pelik juga.. Semalam suratkhabar yang sama mengatakan jentera tersebut berada di Eropah...tup tup hari ini dia habaq balik kata urusan jualbeli yg berlaku meletakkan aset itu sekarang di Amerika Selatan....Nampaknya siasatan belum dapat mengenal pasti kat mana sebenaq nya benda tu.... yela benda dah hilang kalu taw kat mana tak ada la hilang nama nya.....

Ada lagi fakta yang pelik dlm insiden ini..

Kehilangan tu berlaku tahun 2007.. Tapi cuma baru sedaq benda tu hilang pada januari 2009.. Dan kita rakyat jelata baru taw dlm surat habaq disember 2009..

Kenapa kehilangan harta rakyat semahal rm50juta lambat nak dihebahkan? Kita rakyat biasa ni manala taw apa pasai.. Mungkin depa ingat bole jumpa balik kot...

Yang nampak jelas adalah penglibatan orang dalam yang begitu ketara...sebab bukan setakat barang nya hilang, siap dengan rekod rekod dia sekali... aku rasa macam kereta hilang siap dengan geran dia sekali la kot..... sebab dia kata kalu tidak barang tu langsung tak laku.....

Disebut dalam surat habaq tu, "Walaupun TUDM mempunyai sistem penghantaran cukup baik tetapi mungkin kerana dilakukan oleh kumpulan pegawai bawahan yg cukup terancang dgn pihak luar"

Tak apa lah kita tunggu lapuran surat khabar yang seterusnya. Itupun kalau depa nak bagi tahu la...


Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: