Sunday, December 20, 2009

66 Lawan 63

Aku bukan arif sangat pasal politik...tapi bila baca surat habaq hari ni baru la aku taw yang bukan dengan wakil rakyat lompat parti saja kerajaan boleh tumbang....

Rupa-rupanya bila bajet tak dapat diluluskan boleh jadi satu ancaman jugak...

Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.
(Berita Minggu 20 Jan 09)

Rupa-rupanya banyak Ahli Parlimen BN yang "tuang".....macam-macam hal la.... ada yg mc.... ada yang cuti hujung tahun...ada yg cuti kawin (he's the man, hehehe).... ada yang memang saja saja tuang kot...

Tapi apa kes geng pembangkang boleh datang....

"Dalam kes Selasa lalu, seramai 66 Ahli Parlimen menyokong bajet itu, manakala 63 wakil rakyat parti pembangkang menentang. Jika dilihat daripada peratusan kehadiran jelas bahawa 66 daripada 137 kerusi Parlimen BN hanya 46 peratus sokongan, manakala pembangkang 63 daripada 82 kerusi atau 77 peratus, bermakna kelebihan kepada pembangkang.

"Jelas di sini, memang wujud pendekatan terancang pihak pembangkang untuk memastikan Bajet 2010 tidak diluluskan pada malam berkenaan. Ia juga jelas bahawa sudah menjadi agenda mereka untuk menumbangkan kerajaan tidak kira apa cara sekali pun. Justeru, BN perlu bijak mengatur strategi mengesan apa saja langkah pihak lawan.

"Ahli Parlimen juga perlu bertanggungjawab untuk hadir di persidangan Dewan Rakyat walaupun mempunyai tugas lain tanpa mengira waktu dan sepatutnya tiada alasan diberikan untuk menidakkan kehadiran di Parlimen. Lagipun, jadual persidangan Dewan Rakyat sudah diberikan lebih awal, jadi ahli Parlimen perlu bijak merencanakan jadual masing-masing," katanya.

Memang tak sedar diri kot wakil rakyat BN ni....betul betul tak "coordinated".... hampa nak cuti cuti la tapi kena la ada "monitor" yang pantau kedudukan.... betui betui macam orang nak pergi main bola tapi bas yang nak bawa pemain tak kisah pemain cukup ke tak.... Lawak betui la hampa ni....

Jadi jangan ingat pembangkang ni takdak "pakatan" sebab "barisan" dah habis bengkang bengkok.... DS Najib tolong la bawa kua rotan sikit..... baru baru ni NKRA sikit nya baguih tercapai tapi macamana dengan KPI kehadiran ahli parlimen ni.....

No comments: