Monday, August 31, 2009

Marhaban Ramadhan

Kedatangan nya dinanti....
Pemergian nya ditangisi...

Begitulah ungkapan pada sebuah kain rentang yang menghiasi jalan di kawasan Sg Kantan berdekatan dengan rumah aku.

Tempohari seorang ustaz ada mengibaratkan Ramadhan seperti menerima kunjungan istimewa seorang pembesar. Lebih tinggi kedudukan pembesar tersebut, bertambah hebat lah persiapan bagi menerima tetamu tersebut.

Bertambah gah la juga pengisian acara yang melatari suasana tatkala pembesar tersebut bersama-sama kita.

Bagaimanakah keadaan jiwa kita semasa menerima kunjungan tetamu bernama Ramadhan ini?

Semoga Ramadhan ini membangkitkan keinsafan dalam diri aku ini untuk kembali menyusuri laluan hidayat. Amiinn...
Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: