Monday, August 17, 2009

Cucur udang & tauhu

Menjelang bulan puasa yang hampir tiba, memang jadi kebiasaan bagi aku & isteri ronda tempat-tempat makan kegemaran kami.

Iyelah sementara masih boleh makan di siang hari.

Hari tu kami pergi makan di kedai makan di semenyih yang memang popular di kalangan penduduk tempatan.

Kedai makan ini tidak bernama cuma semua orang tempatan tahu sebagai tempat nasi ayam, cucur udang, tauhu & kerang rebus yang tersohor di situ.

Kalau kita datang dari Kajang ke Semenyih menyusuri jalan lama menuju Beranang/Seremban, kedai ini terletak di sebelah kanan jalan di seberang balai polis & berdepan dengan padang bola.

Nasi ayam nya sedap kerana ayam nya tak terasa macam digoreng, terasa macam dibakar. Aku pun tak pernah tanya pula secara terperinci.

Cucur udang nya pun lembut & tauhu nye sangat istimewa sebab putih bersih dan digoreng ringan-ringan saja. Tapi tambah istimewa adalah sos nya.

Harga nya pun agak berpatutan; nasi ayam rm3.50 sepinggan, cucur udang rm0.40 satu & tahu rm0.60 satu.

Petanda kedai ini memang popular adalah bilamana kedai ini dilanggani oleh masyarakat berbilang kaum & bangsa.

Aku selalu datang kedai ini untuk sarapan & mkn t/hari jadi biasanya aku akan tiba pukul 10.30pg di awal-awal waktu. Sebab ramai orang di waktu tengahari dan panjang sangat barisan yang beratur.

Aku syorkan datang awal sebab selalu nya kedai ini buka pun sampai pukul 3ptg sebab cepat habis. Tambah-tambah kalau ada yang tapau banyak untuk bawa balik.

Kalau makan cucur & tauhu dia akan hantar ke meja tapi kalau nak makan nasi ayam kena ada wakil beratur mengambil hidangan.


Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: