Thursday, September 17, 2009

Buka Puasa Ofis 5 Sep 09 (Gambar)


Buka Puasa Ofis 5 Sep 09 (Gambar)


Buka Puasa Ofis 5 Sep 09 (Gambar)


Buka Puasa Ofis 5 Sep 09

Kalau tahun lepas kita orang semua masih di ofis lama di Codegen, ini tahun pertama OSA menyambut Ramadan di ofis ni.

Yang seronok ada ofis kat banglo lot ni, senang la nak adakan acara makan-makan sebab kawasan agak lapang berbanding dengan kawasan ofis yang konvensional.

Jadi kali ini kita orang ambil katerer untuk siapkan lauk pauk; siap dengan nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, kambing panggang, ikan bakar, kuih muih dikira RM25 sekepala. Kira ok la juga kan.

Acara bermula lebih kurang pukul 7mlm dengan tahlil ringkas diikuti dengan acara berbuka puasa & solat magrib secara berjemaah. Lepas tu sambung lagila makan makan sampai isya. Solat Isya lagi secara berjemaah diikuti dengan terawih 8 rakaat dengan witir.

Imam memang tidak lain tidak bukan la... Saudara Norezwan @ Cicit....Aku tolong support jadi bilal je la....

Secara keseluruhan suasana memang meriah. Sekali sekala santai lepas penat bekerja. Tambah tambah cuaca Ramadan kali ini agak panas juga, jadi cuaca agak sesuai untuk aktiviti makan makan di luar.

Cuma kita agak merasakan ketiadaan Saudara Zaman yang baru kena angin ahmar. Alhamdulillah dia dah agak sembuh cuma masih berehat di rumah.