Friday, March 31, 2006

Karkuzari - Germany - Jemaah 4bulan Negara Jauh - by Hisham Jabir

From Hisham Jabir
Sent Tuesday, August 3, 2004 11:55 pm
To alhadi64@tm.net.my

Ditulis pada 3hb Ogos, 2004.

Assalamuälaykum warahmatullahi wabarakatuh,

"Unserer erfog ligt in deen. Bifolgen die befehle vont Allah Taäla method vont Rasulullah sallalaahu alayhi
wasallam."

Kehadapan syura dan rakan-rakan seusaha semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taäla.

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di Germany pada 21hb Julai, 2004. Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memudahkan urusan kemasukan kami tanpa apa-apa halangan dan kerumitan. Kesemua kami telah diberikan visa selama 3 bulan. Pegawai kastam malah secara berjenaka telah bertanya kami, "Any weapon to declare?"

Alhamdulillah kesemua kami bereda dalam keadaan sihat wal'afiat. Kami telah disambut oleh 3 orang pelajar Malaysia (Mohd Iznan, Azizul dan Yunus) serta seorang rakan seusaha Germany, Tauseef Ahmad, berketurunan Pakistan. Kami terus dibawa ke Pak Muhammadi Masjid, Offenbach Str. 212, Frankfurt iaitu masjid transit bagi jemaah-jemaah yang datang ke Germany melalui Frankfurt Airport.

Kami ingin mencadangkan kepada syura agar jemaah-jemaah yang akan dihantar ke Germany pada masa akan datang supaya masuk terus melalui Frankfurt supaya dapat berhubung terus dengan orang tanggungjawab Germany dan memudahkan mereka untuk mengatur dan mesywarahkan route serta ehwal jemaah terlebih awal.

Di Germany terdapat 4 orang faisalah/syura:
  1. Sheikh Abdul Rahman dari Frankfurt berketurunan Arab Iraq, tanggungjawab kawasan Tengah (Tel:0617233054);
  2. Mustafa Miral dari Köln (Cologne) berketurunanTurki, tanggungjawab kawasan Utara;
  3. Shamsul Haq berketurunan Pakistan, tanggungjawab kawasan Selatan (Tel: 017622073988), dan
  4. Afzal Qureshi dari Hanover berketurunan Pakistan (Tel: 05116041996), tenggungjawab lain-lain kawasan.

Walaupun Germany masih tidak mempunyai markaz tetapi mempunyai masjid transit dan kerja agama sangat teratur. Orang-orang tanggungjawab seluruh Germanybermesywarah 3 bulan sekali di tempat yang akan mereka tentukan. Kami diberitahu oleh Sheikh Abdul Rahman bahwa Hadratji (rahmatullah alayh) pernah berkata bahawa jika usaha di Germany maju, maka ianya akan menjadi penggerak kepada usaha agama di seluruh Eropah Timur, seperti Poland, Ukraine, Russia, Albania, Bosnia, Kosovo, Czech, Romania dan lain-lain.

Di Masjid Pak Muhammadi, route kami telah dimesywarahkan oleh Sheikh Abdul Rahman berserta orang-orang tanggungjawab di sini.

Route-route yang diputuskan adalah seperti berikut:
  1. Frankfurt
  2. Karlsruhe
  3. Stuttgart
  4. Reutlingen
  5. Sigmaningen (Albstadt)
  6. Zurich
  7. Ulm
  8. Augsburg
  9. Munchen (Munich)
  10. Regensburg
  11. Nurnberg\Erlungen
  12. Fulda
  13. Erfurt (pintu masuk ke timur German dari selatan)
  14. Bochum (di Bochum, kami perlu mesywarahkan lagi
Route-route seterusnya mengikut takaza dan baki masa kami di German sebelum bertolak ke Holland).[Sewaktu lapuran ini ditulis, kami sedang berada di masjid ke enam di Reutlingen].

Di Frankfurt, sewaktu hari pertama kami buat umumi ghast, kami telah berjumpa seorang Turki dan beliau memberitahu bahawa "Aku juga mahu menjadi seperti kamu. Hari-hari aku doa pada Allah supaya Allah berikan aku kekuatan iman pada ku dan dapat berhenti minum arak , tinggal larangan Allah dan ikut perintah Allah." Beliau sungguh-sungguh minta kami doakan agar Allah beri hidayat pada beliau.

Di Germany terdapat lebih kurang 3 juta orang keturunan Turki dari 11 juta orang Islam secara keseluruhannya. Walaupun rata-rata mereka jauh dariagama, tetapi mereka umpama singa yang sedang tidur. Jika mereka membawa usaha agama dalam kehidupan mereka, pasti agama akan berkembang pesat di seluruh Germany dan Eropah. Sifat-sifat perjuangan agama dan akhlaq yang terpuji jelas terbayang daripada
rakan-rakan usaha berketurunan Turki di sini.

Di Langen dekat Frankfurt, kami telah menziarahi seorang lelaki Melayu berumur 57 tahun, yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau mengembara meninggalkan tanahair pada tahun 1968. Beliau telah berkahwin dengan wanita Poland dan kini mempunyai 2 anak perempuan. Beliau sendiri memberitahu bahawa keluarganya langsung tidak kenal agama apatah lagi mengamalkan agama. Kami telah tasykil beliau ke masjid bersama kami dan di situ lah beliau telah mula bersolat semula setelah 36 tahun menetap di Germany.Kami telah ikram beliau, makan malam bersama-sama dan menghadiahkan beliau ole-ole dari Malaysia. Kami telah beri tanggungjawab kepada Ashraf Qureshi, karkun tempatan, untuk buat usaha seterusnya.

Di Masjid An-Nur, Waldstadt, Karlsruhe, rata-rata adalah rakan-rakan seusaha dari kalangan pelajar-pelajar berketurunan Arab yang hanya
berpengalaman 3 hari tetapi mempunyai jazbah yang tinggi dalam usaha agama. Mereka hanya mengenali usaha agama 4 atau 5 bulan yang lalu di satu Ijtima' di France. Tetapi mereka telah nusrah kami dan mengatur kerja dengan dengan baik sekali. Kami telah silih berganti di bawa oleh mereka untuk khususi penduduk Islam sekitar Karlsruhe. Ada jemaah yang dibentuk ke setiap kedai orang Islam sekitar bandar.

Kami menunggu di kedai-kedai tersebut dan berjumpa dengan orang-orang Islam yang mengunjunginya. Ada jemaah yang dibentuk ke pusat
penempatan suaka politik (political asylum) dari seluruh dunia. Kami kumpulkan orang-orang Islam dari berbagai-bagai negara seperti Bosnia, Croatia, Trinidad & Tobago, Kurdish, Iraq, Palestine, Afghanistan dll. di sana selama dua hari berturut-turut. Keadaan agama mereka amat menyedihkan, malah mereka tidak mengetahui arah kiblat, apa lagi untuk bersolat. Alhamdulillah, kami dapat beri fikir agama kepada mereka.
Selepas bayan, kami semua berdoa dan ramailah yang menghamburkan airmata.

Di Masjid Bangladesh (Bangladesh Islamisches Zentrum) di Stuttgart, alhamdulillah, kami dapat membantu kerja-kerja untuk mengeluarkan jemaah dari jorr yang telah dimesywarahkan sebelum ini oleh orang-orang tanggungjawab Germany. Dari jorr ini, alhamdulillah, 2 jemaah 40 hari telah di keluarkan, yang mana 4 orang daripada mereka terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia. Jelas di sini kami dapati usaha yang sangat baik dikalangan pelajar-pelajar Malaysia yang mana mereka juga menjadi penggerak kepada usaha agama di Germany dan mereka sangat disenangi oleh penduduk -penduduk tempatan.

Kami ingin menekankan di sini bahawa usaha agama atas pelajar-pelajar yang sedang membuat persiapan untuk belajar di Germany, seperti di German Malaysia Institute (GMI) dan Sek. 17, Shah Alam, adalah tersangat penting dan perlu dibentangkan dalam mesywarah Kuala Lumpur sebagai satu takaza yang sangat penting. Kami dimaklumkan bahawa pada awal Ogos, 50 orang pelajar dari Malaysia akan berangkat ke Germany menyambung pelajaran mereka.

Setakat ini saja lapuran kami untuk kali ini. Semoga Allah Ta'ala memudahkan kerja yang amat mulia dan besar ini bagi kami. Semoga Allah Ta'ala jadikan perjalanan kami ini sebagai asbab hidayat seluruh alam.

Wassalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh:
  1. Hj. Kamaruddin bin Yaacob (Amir Jemaah)
  2. Hj. Razali bin Ali Hadar
  3. Hj. Ya'akub bin Ab. Kadir
  4. Hj. Hj. Mohammad bin Hassan
  5. Hj. Che Abdullah bin Che Musa
  6. Hj. Hisham bin Jabir

Wednesday, March 22, 2006

Koleksi Kejayaan

Apakah itu kejayaan?

SURAH Al-IMRAN:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga maka sungguh ia telah BERUNTUNG. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. - (3:185)

SURAH AL-AHZAB:
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, (QS. 33:70)

Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta'ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat KEMENANGAN yang besar. (QS. 33:71)

Masa orang kaya, Harta orang miskin

Ada terdengar Bayan baru2 ni yg mengatakan bahawa agama islam tidak akan berkembang dengan harta orang kaya tetapi ia akan berkembang bila orang kaya beri masa utk agama.

Begitu juga sebaliknya, bila orang miskin korbankan harta nya utk agama, barulah akan dipandang oleh Allah swt.

Yang penting ialah pengorbanan. Apalah pengorbanan harta bagi mereka yang berduit! Begitulah juga, apalah pengorbanan masa utk mereka yg punya masa. Pengorbanan bukan dikira pada jumlah tapi pada kualiti pengorbanan.

Kalau seseorang itu memang tak bekerja. Pengorbanan masa bagi orang ini memanglah sepatutnya senang. Dia tak bekerja. Jadi sepatutnya dia boleh lah beri masa untuk agama.

Seseorang yang sibuk berniaga, urusan korperat, mengajar dsbnya, dia mungkin akan berkira-kira masa yg boleh di untukkan utk membantu agama. Dia mungkin ada duit yg lebih (hasil kerja dunianya), maka dia berkata;"aku byk duit tapi tiada masa. aku hanya bersedia beri duit utk bantu agama"

Ok juga daripada tak beri apa2 (Kita katalah...) Tapi menafaat agama, rasa keberuntungan mengecap nikmat agama, apakah akan dirasainya. Dalam kata lain, boleh kah kita "outsource" pengalaman beragama.

Yang saya tahu (di dalam jahil2 ni), semua kena berimbang. Pengorbanan kena ada elemen diri, masa & harta. Kita kena mengecapi pengalaman beragama sehingga kita bersedia mengucapkan bahawa ini agama saya juga, maka saya turut bertanggungjawab untuk membangunkannya, di masa susah atau senang. Di masa sibuk atau lapang. Kaya atau miskin.

PETIKAN SURAH ASH-SHAAFF:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (QS. 61:10)

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAMU, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (QS. 61:11)

niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah KEBERUNTUNGAN yang besar. (QS. 61:12)

Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (QS. 61:13)

Kita berkata, "Ini rumah saya, saya bertanggungjawab ke atas apa-apa yg berlaku ke atasnya. Saya perelokkan rumah saya, saya akan beruntung. Jika rumah saya pincang, saya mesti mengambil tanggungjwab, melakukan sesuatu utk mengatasi kepincangan ini."

Seperti itu juga kita mesti mengambil tanggungjawab ke atas agama dengan nada yang sama. Tapi di mana kita?

Tuesday, February 28, 2006

Banjir in Shah Alam

Bandar Shah Alam was flooded on Sunday due to a heavy early morning downpour at abt 4am. One of the surprises in recent days apart from the price hike. Pity those guys living especially in bt jelutong area, including my friend poke who just got back from haj.

Another demonstration of what power Allah swt can unleash to us the mere mortals. And, its quite sad to note some of the residents there got their motor vehicles damaged since the water rose to on average about chest deep.

Alhamdulillah, the rest of us in Selangor were spared the wrath. But, Ina & me were heading towards shah alam that day. When we reached bt 3 toll, all traffic were making a u-turn at the divider. So, we follow suit. I tried checking the radio stations but no broadcast on the news whatsoever.

I can understand that we are powerless to avert such disaster but at least the public should be well & adequately informed. Plus didn't bother to put up any signs that banjir is the cause. The radios were not requested to broadcast timely information on status updates.

At least, those intending to come to shah alam can be adviced to pick another day. Thats 2 hours of my precious time being wasted on the road, man. When will we ever learn. Do you need somebody to die to grab attention.

Another hike in fuel price

Harga minyak naik lagi!! The nation suddenly woke up this morning realising that petrol price increases yet again. It was rm1.62 per litre yesterday, today its rm1.92. rm0.30 hike or 18.5% up. Whoa!!

Isi minyak moto pun harini pun needed RM8 to fill the tank instead of my normal rm7. And, its not totally empty yet. I am amazed at the level of quietness that the govt has invoked the hike. It totally caught me by surprise. A lot of people was expecting the effect date to be 1/3/06, hmm,hmm..

Even diesel is priced at about rm1.50!! But i guess that is ok since it will alleviate the differential price vs thai especially to combat fuel pirates.

But what can we the mere mortal do to sustain ever increasing living cost. Migrate to solar. Yeah, right??

Wednesday, February 22, 2006

Business minds

Had a meeting today with ng kim huat, evp of mayban fortis together with azizi, nasha, maun & hamzah. it was a good maeeting since we averted the danger of the ebi project in tn being put on hold.

all they wanted was to have us reconsider bringing in mayban fortis into the brd session so as to allow a more wholesome ebi solution vs the eventual merged entity.

nasha was dissapointed that we did not use the meeting to put in a possible vo since we need to review project timeline a bit to revisit document that needs mayban input. he says that we r not business minded....

Tuesday, February 21, 2006

Looking for something

A poor man was sitting in his house & suddenly realised that he lost his money. He wanted to look for it but his house is without any electrical supply. He decides to search nevertheless but began looking under a street light just around the corner.

A passer-by noticed him bending around in his attempt. "What are you looking for?", he asked. "I'm looking for my money", the poor man answered. The good samaritan decides to help the poor man in his search. Soon, several other people stopped by & also helped to look around for the money under the street light.

Suddenly one of the helpers asked,"Where exactly have you lost your money?". "Inside my house!", the poor man answered calmly. "What! Why don't you just look for the money there!!", all the helpers exclaimed.

"You must be joking. How do you expect to find anything there, there is no light in my house."

The moral of the story:
Some of us realised that we have lost something. We have the urge to look for it but decided to look for it only in places we find it to our convenience. Ulama says until qiyama we will not be finding it. It is important to look at the right place even though it may demand more efforts.

- Bayan at Sri Petaling, Saturday 11 Feb 2006