Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon

Liputan Sekitar hari penamaan calon [Nota: Sori aku tak sempat nak tulis panjang-panjang...nanti aku update this entry]

[Aku dah pakai unifom BN... haha... sori not]

[Atam berucap pada malam sebelum penamaan calon pada ahli-ahli cawangan umno kg pinang]

[Dari Kiri: Isteri Dato Malek, Azni, Atam, Dato Malek(penyandang), Abah & Mak
[Bersedia untuk berarak ke Pusat Penamaan Calon]
[Atam baru keluar dari pusat penamaan calon setelah kertas pencalonan diterima oleh pihak SPR]

[Enjoy videos above covering the Penamaan Calon]

Friday, February 22, 2008

Sirih Pulang ke Ganggang

[Atas ni gambar kami sekeluarga- tak salah aku dalam tahun1986 - Berdiri di belakang, dari kiri: Dekna, Uni, Aku(Ablong), Atam, Angah dan Atah. Duduk depan: Abah and Mak]

[Gambar atas: Atam masa sekolah]

Bila aku tanya Abah, "Apa perasaan abah?".. abah aku jawab,"Apa lagi Ablong, Sirih pulang ke ganggang le"

Emosi gak abah.. Yele... ada jugak sorang anak nye yang menyusuri perjalanan politik nye...

Abah aku bekas cikgu... dulu mengajar di sekolah kg perak, batu kurau.. berhenti dari cikgu menceburi bidang politik sepenuh masa... Mula-mula jadi setiausaha sulit Dr Paul Leong (Timbalan Menteri Perusahaan Utama) kemudian jadi setiausaha sulit MB Perak Dato Seri Wan Muhammad.

Seingatan aku, dua kali Abah memang menaruh harapan nak jadi wakil rakyat - Sekali dlm pilihanraya 1974, kedua praya 1978. Tapi namanya tak tersenarai di saat-saat akhir. Aku ingat lagi Abah mengurung diri tak bercakap berhari-hari. Frust le...

Tapi akhir nya Abah dapat bertanding dlm pilihanraya 1982. Dan, dapat jadi exco pulak tu - Exco ni dikira menteri juga, tapi di bahagian negeri je... Dia jaga kementerian pertanian di Perak tu... Bertahan sepenggal... Pilihanraya 1986 tak dipilih... Macam2 cerita keluar ... Terlibat dengan kem musa hitam kemudian dengan Tengku Razaleigh hingga kepada perpecahan Umno 1987.

Dan Abah kemudian berpolitik bersama Semangat 46 dan pernah bertanding atas tiket pembangkang tapi tewas di peti undi. Sampai le kembali ke pangkuan Umno awal 90an.

Abah memang menaruh harapan untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat sebab aku tahu itu memang jiwa dia, jiwa rakyat. Aku memang dah ikut dia dari masa aku kecik leagi meredah kampung2. Memang dia "People's man" lah... Tapi apa nak buat kan bah, kita hanya merancang.

Di zaman kegemilangan nya, pernah ada desas desus yang mana namanya ada disebut untuk jadi MB Perak nak gantikan Ramli Ngah Talib.. Tapi itu hanyalah spekulasi...

Aku tahu dia memang ada menaruh harapan utk aku ikut dia. Itu sebab dia latih aku bercakap memang dari kecik. Masuk Pertandingan berucap. Dia arah aku masuk Taman Kanak2 dengan hos Pakcik Jamal. Mengeletar aku tapi aku layan kan juga..

Tapi apakan daya... jiwa aku tak de jiwa berpolitik... Sampaile ke adik aku ni... Mohd Zahir Dato Khalid @ Atam.
[Gambar atas: Atam di canterbury university, kent]

Aku dengan Atam ni kira sealiran le... Kami sama-sama di MCKK dan kemudian menyusuli aku ke UK sambung belajar... Tapi aku buat Accounting, dia buat Economics dan kemudian Law...

Tapi panji politik ni memang Atam le yang ambil alih....

[Gambar atas: Atam gambar Disember 2007 masa raya haji]

Masa balik kampung raya haji disember haritu memang ada bunyi yang nama Atam dah disenarai pendekkan untuk jadi wakil Umno. Tapi biasalah, selagi nama tak keluar, kita hanya boleh menaruh harapan..
Tapi akhirnya, pada 20 Februari 2008, Atam telah menerima arahan untuk letak jawatan dari Universiti Teknologi Petronas dan pada 21 Feb 2008 keluar berita di atas dalam suratkhabar-suratkhabar utama.

Untuk Atam, tahniah... ini amanah bangsa yang sangat besar... Tanggungjawab kau akan bertambah (kalau terpilih, insyaAllah)... Famili akan beri sokongan 100%... Apa-apapun hujung minggu ini, insyaAllah semua akan balik kemunting sebab penamaan calun Ahad, 24 Februari 2008. Memang syahdu ketentuan ini sebab Atam akan bertanding di DUN kemunting, tempat Abah dulu... Apa nak buat; "Sirih nak pulang ke ganggang".

Monday, February 18, 2008

Aksi Midnight @ Abu


Aku baru rakam aksi si abu ni... pandai dia nk main-main tu...

Tap tak adil kalau tak letak gambar aku sekali kan....


Dan, akhir nya dapat juga aku gamba close-up si abu ni...

Thursday, February 14, 2008

New Love

Adik Ipar aku baru beli kucing, jadi wife aku and anak2 aku dapat le melepas geram nak membela kucing setelah ketiadaan tiger, woolfie and lanun. Tengok le gamba2 terbaru ni... susah betul nak ambik gamba si midnight (sempena nama kucing si catwoman le ni) ni... xnak duduk diam....
Midnight pun dah ada kawan, si snowy yang dah dua, tiga bulan di bela setelah di buang oleh tuan nye (agaknye le).. Midnight tu jantan.... snowy ni betina... jadi ok le...

Tapi si snowy ni sedang bunting... menunggu hari je....
Kesian si snowy... banyak kurap.... tuan dia tak jaga sangat....

Wednesday, February 13, 2008

Sponge Bob is Dead




I had this interesting pic from the net.... To sponge bob's fan.... salam takziah dari saya...

Patrick Starfish was not around to give comments on the sudden demise of his buddy...

PS.... This pic was taken in India... I didn't know sponge bob was trying to audition for a hindi film (Any comment,zie)

Hari Raya Korban kat Kampung 22 Dis 2007


Aku tau, aku tau.... Raya aji dah lama abis... apa cite ni baru nak masuk... tapi ini educational bro.... macam discovery channel le skit....Dan, ini kenangan ambik video bersama nokia lama aku...

Raya aji aritu aku balik tepen... x pernah2 aku balik kg masa raya aji tapi sebab kali ni kebetulan raya aji jatuh ari kamis, aku ambik cuti ari jumaat jadi dapat le cuti panjang skit...

Dan aku pun jadi peserta kat kampung aku kali ini bersama2 ngan adik2 aku... selalu aku jadi penyembelih kalu kat surau aku sendiri, jadi sibuk le x nyempat2 nak ambik gambar...

Kali ini aku bertekad nak jadi pemerhati je.... jadi dapatle aku jadi jurugambar je...

So bagi sape2 yang xpernah close up ngan acara penyembelihan, ni peluang korang.... semoga timbul semangat untuk berkorban di tahun hadapan, atau lebih baik menyahut seruan pergi menunaikan haji....Amin...

Saturday, February 02, 2008

Kereta dah nak siap!

Aku dan ina pergi melawat workshop kat balakong di mana Hond Civic kami dirawat. Mula2nya payah gak nak cari. Nampak macam kecil workshop nya, tapi bila dah masuk.... wow besar juga tempat nya ni...
Tengok le banyak kereta sedang dirawat.... Ina dah tak sabar-sabar nak ambik balik kereta nya tu....
Tu dia... laju je melangkah nak menjengok kereta kesayangan nye...
Tadaaaa.... dah nak siap.... cuma tunggu lampu belakang baru je... lampu tu walaupun tak pecah sepenuh nya tapi dah retak... jadi ganti je le terus... pakai insurans nye pon....Ina tak habis-habis mengingat mekanik yg bernama Cheah tu...."Ganti yang ori tau..." ye la Puan Ina oooi....

Mr cheah kata, "Ini kereta mesti siap punya sebelum Raya China tapi kalu nasib baik petang ni pun bole siap kalu lampu baru sampai..."

Ina dah seronok le nak ambik kereta dia tu....